Friday 23 November 2012

Ayam...

Waktu balik kampung baru baru ni, terdengar ayam berkokok, ingatkan dah nak masuk subuh, rupa-rupnaya baru pukul 1pagi...dalam hati berkata"dah tak betul agaknya ayam ni". Ternyata sangkaan aku meleset, macam berdosa pulak. Rupa-rupanya ada hikmah ayam berkokok ni...berikut dikongsi informasi dari Ustaz Azhar Idrus...


Tuesday 20 November 2012

Eksperimen...

Tertarik dengan kata-kata spontan anak bujang aku sejurus sebelum perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Bangladesh sebentar tadi. Katanya " Rajagobal akan dapat title profesor kalau Malaysia  menang piala AFF nanti". Aku cuma mengiakan saja, tetapi aku tergerak untuk bertanya dia "Kenapa dapat professor? Sekarang dia Datuk; kalau Tan sri logik la" Dengan selamba dia menjawab " Kalau menang piala AFF, bermaksud EKSPERIMEN dia berjaya, jadi dapat professor la"....oooo... hmmmm....sampai tahap ini prestasi bola sepak kita  dijadikan bahan gurauan....diharap FAM akan melakukan perubahan yang drastik demi maruah sukan bolasepak ni....

Saturday 20 October 2012

UPSR 2012 dah tamat...

....Peperiksaan UPSR 2013 baru sahaja berlalu...anak-anak yang menduduki peperiksaan ni dah merdeka katanya....tapi bagi mak bapak debaran masih belum reda...nak tunggu keputusan pulak...nak congak anak nak masuk tingkatan 1 di mana? macamana prosedur dsb? aku dah lalui pengalaman ni tahun lepas...jadi kepada sesiapa yang nak bertanya bolehlah kalau bolehlah saya bantu dari segi maklumat...free je...semalam ada seorang rakan telefon bertanyakan perkara berkaitan permohonan asrama dan sebagainya...sempat jugalah aku beri sedikit sebanyak panduan...."kalau ada apa-apa kemusykilan berkenaan, bolehlah call aku semula" aku mengakhiri perbualan telefon dengan beliau semalam....

sebenarnya banyak perkara yang perlu diketahui tentang   permohonan sekolah berasrama ni...biasanya ibubapa akan cenderung kepada SBP(Sekolah Berasrama Penuh) dan juga MRSM(Maktab Rendah Sains Mara)...biasanya setiap tahun kira-kira 40,000 orang murid memperolehi keputusan 5A di dalam UPSR...tetapi kedua-dua SBP + MRSM cuma menawarkan kira-kira 5,000 ke 6,000 tempat sahaja(kebanyakan diperuntukan untuk murid luar bandar dan ibubapa yang berpendapatan rendah)...jadi nasihat saya kepada ibu bapa jangan sempitkan tumpuan kepada kedua-dua jenis sekolah ini...terdapat banyak sekolah berprestasi tinggi lain yang boleh dipohon...terutama SMKA(Sek. Menengah Kerajaan  Agama) dan sekolah rancangan khas dan sebagainya...dapatkan maklumat terperinci dari pihak sekolah...sebagai contoh anak aku bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah Kajang yang merupakan sekolah kluster dan hanya menerima murid-murid yang mendapat 5A di UPSR....sebelum ni aku pun seperti ibubapa lain menyempitkan fikiran dengan ghairah untuk  memasukkan anak ke SBP ataupun MRSM....tetapi alhamdulillah di SMKA ini anak aku dapat belajar dengan baik....walaupun setelah 6 bulan bersekolah tinggkatan 1 di SMKA anak aku ditawarkan ke MRSM...aku membuat keputusan menolak....

...ah akupun dulu tak masuk asrama penuh pun...asrama biasa saja di ulu Sarawak nun...tapi alhamdulillah berjaya juga mengharungi kehidupan ni...

Monday 8 October 2012

Didik Anak: Berbisiklah...Jangan Marah-marah


Bagi mereka yang suka marah-marah kat anak sendiri kerana sayang dan untuk mendidik....

1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?

Thursday 4 October 2012

Gotong-royong at LEP 3....





Sabtu lepas, 29/9/12, pukul 9am~12pm, pendududuk LEP 3 berkumpul untuk mendirikan papan tanda Taman. Taman LEP 3. LEP=Lestari Putra....sebelum ini pihak MPSJ telah mendirikan satu papan tanda untuk Taman ini, tapi entah macamana papantanda tu tumbang dan keesokan harinya lesap...kena jual scrap la gamaknya tu....

Friday 28 September 2012

Hijaz Railway...

Salam,
Teringat masa transit di Jordan waktu mengerjakan umrah tempohari.
Hijaz railway...gambar dari dalam bas
Pemandu pelancong ada  menerangkan tentang Hijaz Railway semasa bas yang kami naiki melintasi landasan keretapi tersebut. Ia dibangunkan di zaman Khalifan Uthmaniah yang berpusat di Istanbul...Pada mulanya takdelah nak ambil tahu sangat...tetapi  perasaan ingin tahu kian meluap setelah mendengar tentang sejarah Hijaz Railway ni yang menghubungkan Istanbul ke Madinah dan menurut perancangan awal akan di sambung ke kota Makkah tetapi tidak kesampaian....menurut ceritanya perkhidmatan railway ini dihentikan setelah keluarga Saud mengambil alih pemerintahan Jazirah Arab...                                                                                                                        untuk maklumat lanjut boleh ke http://en.wikipedia.org/wiki/Hejaz_Railway

Thursday 27 September 2012

Selamat datang diucapkan....




4 dara 1 Bujang....
Sabtu lepas, 22/Sept/12....kumpulan pertama kambing masuk ke kandang...Alhamdulillah...semoga permulaan ini akan membuka kepada kejayaan...amin ya rabbal 'alamin...

Enjoy makan dedak di kandang baru...

Friday 24 August 2012

Salam Aidilfitri...

Salam aidilfitri...
hari ni raya ke 6...dah balik ke rumah sendiri...nak mengemas pulak....
anak2 sibuk mengira duit raya...
bapaknya poning...dah raya tapi gaji lom masuk lagi...
nasib ado simpan sikit-sikit...
tahun ni raya pertama di KTR...
okla...budak2 dapata main mercun...tu yang menghiburkan diaorang...
Hari Raya Pertama- Gambar bersama abah den...

Monday 13 August 2012

...Ujian di bulan Ramadhan...

Dah lama tak menulis di blog ni...
bulan Ramadhan tahun ini memang mencabar bagiku...
3 hari pertama...memang rasa flat...lepas tu slow-slow OK...
hari ke 20 pulak diserang demam panas...4 hari masih tak kebah...
Alhamdulillah... semoga Allah  hapuskan dosa...

"Ya Allah ya Tuhanku .aminn ya rabbbal 'alamin...ampunilah dosaku, dosa kecil, dosa besar, dosa sengaja atau tak disengaja..." amin ya rabbal 'alamin...

Sunday 15 July 2012

Majlis Resepsi Anak Abang Razak - 15/7/12



Hari  ini abang ipar dan birasku mengadakan majlis resepsi untuk anaknya Abd.Halim. Tahun lepas dapat dua menantu perempuan dan tahun ni tambah lagi sorang.

 Dia dah ada cucu dua orang. Nampaknya tahun depan tambah lagi 1 orang. Hmmm...bila la agaknya giliran aku dapat menantu dan cucu pulak...

Bila pulak aku nak dapat menantu ni....




Saturday 14 July 2012

Kenduri Doa Selamat dan Tahlil arwah - 14/7/12

Gotong Royong Siang Kambing dan potong bawang
Setiap tahun kami adik-beradik akan berkumpul dan mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil arwah menjelang tibanya bulan Ramadan. Tentunya kenduri doa selamat ini ditujukan kepada arwah ibuku, alongku dan kakakku(Amok)... Tahun ini diadakan lebih kurang seminggu lagi nak masuk Ramadan. Setiap tahun orang-orang kampungku berebut-rebut mengadakan kenduri sempena menyambut puasa. Jadi perlu merancang dengan teliti supaya semua orang dapat hadir. Yang istimewanya kenduri di kampung ini adalah amalan gotong-royong bagi menjayakan setiap kenduri....

Tuesday 10 July 2012

Siaran yang diminati di ASTRO...

Setelah EURO 2012 melabuhkan tirainya maka rasa nyesal pulak subscribe sport channel...tapi Astro memang pandai...awal awal lagi dia dah bond para subscriber sport channel di musim Euro yang lepas...setiap subscriber kena bayar RM50 sebagai cagaran dan kena subscribe selama 6 bulan...nak buat camano...dahlah siaran live EURO cuma ada awal pagi je...macam tak berbaloi pulak...

Sekarang ni siaran yang paling banyak diikuti di ASTRO adalah :
 Oh My English,
 Masterchef Selebriti,
 Karot Komedia...
....siaran lain yang disubscribe tu macam tak penah singgah je.....hmmmm

Saturday 30 June 2012

Basikal ada loceng dan bakul....

suaraktr.blogspot.com
Basikal Baru Nana...ada loceng dan bakul...
"Kalau Nana dapat nombor 1, Nana nak basikal baru yang ada loceng dan bakul..ye abah, mama"...celoteh Nana  anak bongsuku dengan penuh harapan. Sekarang ni sistem sekolah telah ditukar kepada sistem "band" yang aku sendiri tak faham. Yang aku faham cuma penilaian prestasi anak-anak akan dinilai terus oleh guru masing-masing...pada 6 Julai nanti akan ada hari terbuka di sekolah Nana...moga-moga dapat maklumat yang lebih lanjut mengenai sistem baru ni...


Kalau dah tak ada sistem nombor, macamana nak tahu dapat nombor berapa? Adakah Nana tidak dapat basikal yang dihajatinya? .....hmmm...Nana tetap mempunyai peluang mendapat basikal jika  dia dapat nombor 1 di KAFA.  KAFA masih mengunakan sistem nombor untuk prestasi ujian murid-murid....
Ya, memang bertuah si Nana ni; keputusan peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan dia mendapat nombor 1 di KAFA dan sampailah hajatnya untuk memiliki basikal baru berloceng dan raga....budak-budak sekarang memang bertuah, tidak seperti zaman aku dahulu...semoga Nana lebih cemerlang di dunia dan akhirat...amin...

Wednesday 20 June 2012

Biz Trip Ke China...11/6/2012~15/6/2012

1. Aku berpeluang ke Negara China pada 11/6~15/6/2012 baru-baru ini.

2. Tidak seperti orang lain, kalau ke negara China tujuan mereka adalah makan angin. Tetapi aku pergi di atas urusan kerja.

3. Kalau sebut kerja, maka aktiviti di sana semuanya berkaitan kerja. Memang letih. Nak buat report bagai...ho! nak beli souvinier untuk anak-anak pun tak sempat...
 

Umurku dah 40 tahun...19/6/2012...

Surat Beranak Yang Disimpan Selama 40 Tahun...
1. Tepat pukul 9.30 malam tadi genaplah 40 tahun umurku.

2. Aku berasal dari kampung, keluarga miskin, jadi kami tidak pernah mengetahui akan  erti sambutan harijadi.

Sunday 10 June 2012

Realiti Rakyat Malaysia

1. Rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam keadaan aman damai tanpa mengira bangsa dan agama. 


2. Orang India  dan Cina tidak kekok menghadiri majlis-majlis perkahwinan orang Melayu. Begitu juga sebaliknya.


3. Alam persekolahan, alam pekerjaan serta alam kejiranan memainkan peranan penting untuk menyemai nilai murni perhubungan antara kaum ini.

Saturday 9 June 2012

Masa Makin Pantas Berlalu

Diam tak diam , tahun 2012 dah mencecah setengah tahun...
Bulan Ramadhan makin dekat, lagi sebulan je...
Cuti sekolah pun rasanya baru lagi bermula...tapi lagi dua hari anak-anak akan memulakan persekolahan...

Wednesday 6 June 2012

Kelantan Trip 31/5/12~3/6/12

Tiket Keretapi Ekspress Wau a.k.a KTM Intercity Eastern Region.
Sempena cuti sekolah sekarang ni, kami sekeluarga telah memilih Kelantan sebagai destinasi percutian kami. Istimewanya, kami memilih keretapi sebagai kenderaan untuk ke destinasi kami. Tempahan tiket telah dibuat sebulan yang lepas.                                                                                                                                                                              Yang mengejutkan tiket hampir habis dijual. Jika lewat sedikit kemungkinan akan kempunan nak naik keretapi. Tiket yang laris mungkin disebabkan cuti sekolah. Sebenarnya, nak tempah tiket di gerabak berkatil untuk semua.Tapi malangnya cuma ada dua katil yang kosong untuk perjalanan menuju ke Kelantan. Jadi selebihnya duduk di gerabak berkerusi sahajalah. Untuk perjalanan balik, tiada kekosongan untuk gerabak berkatil. Jadi semua kena duduk di gerabak berkerusi sahajalah.

Tuesday 5 June 2012

Projek Kambing KTR Part III

Balik kampung tempohari, sempat juga melihat perkembangan pembinaan kandang di ladang kami. Alhamdulillah hampir 95% siap. Cuma sekarang tengah memikirkan modal untuk kambing pula. Maklumlah, projek dana sendiri.

Tangga dah siap dengan atapnya.

Sunday 27 May 2012

Projek Kambing KTR Part II

Semalam balik kampung. Sempat meninjau progress projek kambing KTR. Berikut gambar-gambar terbaru untuk dikongsi....
Kandang Hampir 90% siap

Saturday 26 May 2012

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2012

Cuti Sekolah pertengahan tahun bermula hari ni. Anak-anak dah mula bertanya ke mana nak pergi cuti sekolah ni? 'Taste' masing -masing memang tak tahan nak dengar....nak pergi overseala, tidur di hotella dsb. Alhamdulillah dah plan awal bercuti dalam negeri je sambil shopping untuk raya. Insyaallah hujung minggu depan akan ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Yang bestnya travel menggunakan KTM. 12 jam tu beb.

Monday 21 May 2012

Selamat Datang Ya Rejab - 1 Rejab 1433 Hijrah(22 May,2012)


Hari ini selepas maghrib masuk 1 Rejab...ayuh amalkan doa yang dibaca Nabi saw ini.. moga Allah temukan kita dengan bulan Ramadhan yang dinantikan.. InsyaAllah (^^,)


Di antara peristiwa penting di bulan Rejab:
1)  27 Rejab - Peristiwa Israk Mikraj
2)   Solat 5 waktu difardhukan ke atas umat Islam

Thursday 17 May 2012

World Hypertension Day - 17th May 2012

 "World  Hypertension Day" atau Hari Tekanan Darah Tinggi Sedunia disambut pada setiap 17hb May setiap tahun. Tema tahun ini ialah  "Healthy Lifestyle Healthy Blood Pressure". Maklumat ni dipererolehi  selepas membaca  status Haji Azali Abdol  di facebook berkenaan sambutan tersebut . Thanks a lot Tn.Hj. Setelah mendapat maklumat tersebut saya pun meng"google" untuk mendapat maklumat lanjut. Antara maklumat yang diperolehi:

Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru- 16 Mei, 2012

Selamat  hari guru diucapkan kepada semua warga pendidik. Terutama sekali kepada guru-guru serta ustaz/ustazah yang pernah mendidikku di Sekolah Kebangsaan Dangi(1979~1984), SMK Muara Tuang(1985~1987), Kolej Datu Patinggi Haji Abang Abdillah(1988~1989) dan Sek. Tun Syed Sheikh Shahabudin(1990~1991) serta USMKCP(1992~1996).

Friday 4 May 2012

Family Day at Pulau Pangkor(28/4~30/4/12)

           Pagi 28/4/12 berkonvoi dari Hitachi Bangi menuju ke Pulau Pangkor sebanyak 13 kereta. Konvoi diketuai Ibtisyam. Ini pengalaman pertama berkonvoi. Terasa kelainannya dan memang best. Biasanya kalu pergi bercuti driving sendirian tanpa berkonvoi.

Thursday 19 April 2012

BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra' Mikraj Di Palestin..?

** Salamun’alaik.. Mohon kongsi dgn para jemaah sekalian..
Ramai sgt yg sebar gambar palsu.. Ini gambar sahih terkini dari bumi Palestine..
[GAMBAR TERKINI] BENARKAH: Batu Terapung Dalam Peristiwa Isra’ Mikraj Di Palestin..?  Sila ke;

Wednesday 18 April 2012

Projek Kambing di KTR

Pintu Pagar utama ladang kambing kami
Untuk entri kali ni, saya akan menceritakan tentang projek ternak kambing di tanah pusaka milik keluarga kami. Projek ini adalah usahasama kami adik beradik. Tetapi yang memulakan dan bersemangat adalah adikku Hisham atau Icam. Dia yang telah turun naik pejabat pertanian, jumpa YB, attend kursus dan sebagainya. Saya cuma memberi sokongan dari belakang untuk memastikan projek berjalan lancar dan berjaya. Progress sekarang adalah pembinaan kandang dan fasilitinya serta kerja-kerja tanah untuk penanaman rumput napier.

Tuesday 17 April 2012

Program Titian Kasih LEP 3- 11 April,2012


Pada 11 April, 2011 yang lepas adalah cuti umum sempena Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Sempena cuti umum tersebut pihak AJK Surau Ar-Rahman telah mengaturkan aktiviti hari keluarga yang di kenali sebagai Program Titian kasih. Ada acara sukaneka, poco-poco, bola sepak pakai kain pelikat dan macam-macam aktiviti lagi. Activity ini mampu mengeratkan lagi hubungan kejiranan di LEP 3. Sekalung tah niah kepada pihak penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ni. Syabas tuan-tuan.

Aktiviti di Tanah Haram 17Mar~24Mar 2012


Bismillahhirrahmannirrahim...
Sewaktu di Tanah Haram semua tumpuan adalah untuk melakukan ibadat. Setiap ibadat pahalanya akan digandakan 100ribu kali ganda. Sungguh release di sini. Setiap kali masuk waktu sembahyang fardhu, manusia berpusu-pusu menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat. Kira-kira 1  jam sebelum masuk waktu orang sudah berpusu-pusu menuju ke masjid. suasana yang kita tak dapat lihat di mana-mana masjid di Malaysia. Semua kedai akan ditutup setiap kali masuk waktu solat.Alhamdulillah syukur saya terpilih

Monday 16 April 2012

Perjalanan dari Madinah ke Makkah untuk mengerjakan Umrah



Assalammualaikum,
1st time pakai ihram. Berpusing-pusing.
Setelah 3 hari di Madinah, tibalah masanya untuk ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Pagi tu melakukan perkara-perkara sunat untuk ihram, seperti bercukur, mandi sunat, potong kuku dan sebagainya. Hari tersebut hari Jumaat. jadi merasalah menunaikan solat Jumaat di Masjidil Nabawi. Selepas solat Jumaat, buat ziarah widak dari saf sahaja. Balik ke hotel bersiap untuk memakai  ihram.

Lebih kurang pukul 2.30petang, kami menaiki bas menuju ke Masjid Bir Ali untuk melakukan niat di Miqat. Sepanjang perjalanan dalam bas, mutawif mengajar sambil mengingatkan jemaah tentang adab-adab berihram. Sampai di masjid Bir Ali kira-kira pukul 3.30ptg. Ambil wudu', lakukan solat sunat tahyatul masjid diikuti solat taubat dan solat sunat ihram.  Dan lepas itu tunggu solat Asar. Setelah masuk Asar, kami menunaikan solat qasar Asar.

Friday 6 April 2012

Ziarah Luaran di Kota Madinah

Assalammualaikum,
Di Ladang Kurma
Kita sambung cerita pengalaman ziarah luaran di Madinah.
Kami dibawa melawat ke ladang kurma.
Tanah atau debu di Kota Madinah telah didoakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanah yang subur dan sebagai ubat. Kelebihan Madinah ialah buah kurma. Buah kurma di Madinah adalah buah kurma yang paling berkualiti. Kurma yang paling berkualiti adalah kurma ajwa atau juga dipanggil kurma nabi. harganya mahal berbanding kurma yang lain. Di Madinah kita boleh dapat kurma ajwa dengan harga SR60/kg atau lebih kurang RM50/kg. Tetapi di Makkah harganya melonjak ke SR120/kg. Di Malaysia ia boleh didapati dengan RM150/kg. Boleh botak kepala sebab mahal sangat.

Tuesday 3 April 2012

Ziarah Dalaman di Masjidil Nabawi

Assalammualikum,
Seperti dijanjikan, untuk kali ini saya akan menceritakan pengalaman ziarah dalaman di Masjidil Nabawi.
Setelah selesai sarapan di dewan makan Andalusia. Jemaah kami (RJ12- Royal Jordan 12hb) berkumpul di lobi hotel pada pukul 7.30a.m. Mutawif membahagikan kami kepada 2 kumpulan; lelaki dan perempuan.

Faiz dan Mama prepare to Masjidil Nabawi

Sunday 1 April 2012

Ziarah Madinah - 14Mar, 2012~16 Mar, 2012

Assalammualaikum,
Setelah lebih kurang 10 jam transit di Amman, Jordan, jemaah kami meneruskan perjalanan ke Madinah menggunakan penerbangan Royal Jordanian yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.Alhamdulillah masa perjalanan kami ke Madinah  dijimatkan kerana penerbangan terus ke Madinah.  Biasanya jemaah akan turun di Jeddah dan meneruskan perjalanan ke Madinah menggunakan bas ang mengambil masa lebih kurang 6 jam lagi.

Umrah Ziarah 12Mar 2012~26Mar 2012 - Transit Jordan

Assalammualaikum,
Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan melalakukan ibadah umrah dan ziarah pada 12Mar,2012 hingga 26Mar,2012 yang lepas. Saya akan berkongsi pengalaman ketika di tanah suci melalui entri ini dan seterusnya. Saya pergi ke tanah suci bersama isteri(Zarina Mohd.Ali) dan dua orang anak(Mohd. Faiz dan Nureen Farhanah).  Kami mengikuti pakej Andalusia Transit Jordan. Ahli jemaah semuanya 34orang.
Ini adalah pengalaman pertama melakukan ibadah umrah dan ziarah berbanding ahli jemaah yang lain yang sekurang-kurangnya telah melakukan ibadah umrah  sebanyak sekali. Sudah tentu saya sekeluraga  banyak terpinga-pinga terutama bila sampai di Madinah dan Makkah.

Sunday 4 March 2012

Salam Perkenalan

Salam semua,
Signboard KTR
Blog ini dinamakan Suara KTR bersempena nama kampung saya ia itu Kampung Tulang Rimau.
Buat masa ini saya belum menetapkan tema blog ini. Ia lebih kepada tema bebas dan catatan pengalaman.

Diharap dapat sokongan dari semua.
Saya budak baru belajar.

Wassalam.
Beram @ Ibrahim bin Johan.