Sunday 1 April 2012

Ziarah Madinah - 14Mar, 2012~16 Mar, 2012

Assalammualaikum,
Setelah lebih kurang 10 jam transit di Amman, Jordan, jemaah kami meneruskan perjalanan ke Madinah menggunakan penerbangan Royal Jordanian yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.Alhamdulillah masa perjalanan kami ke Madinah  dijimatkan kerana penerbangan terus ke Madinah.  Biasanya jemaah akan turun di Jeddah dan meneruskan perjalanan ke Madinah menggunakan bas ang mengambil masa lebih kurang 6 jam lagi.



Sampai di lapangan King Abdul Aziz Madinah, urusan imigresen  dan kastam berjalan lancar sebab kami orang Malaysia dan Visa Umrah .Pegawai imigresen memuji " Malazia Bagus!".  Di bahagian bagasi kami di bantu oleh petugas lapangan terbang untuk mengangkut bagasi ke bas. OKjugak sebab 4 bag untuk dibawa. Setelah itu kami disambut oleh mutawif yang dilantik oleh Syarikat Andalusia iaitu Ustaz Abdul Rahman bin Lubis yang akan mememimpin kami sepanjang di tanah suci. Beliau merupakan salah seorang pelajar di sini. Berbalik kepada pengurusan bagasi, setelah selesai bag masuk ke perut bas, saya memberi 10Riyal Saudi kepada pekerja yang membantu tadi, tetapi dia kata tolong angkat 4 bag takkan SR10 je(dalam bahasa Inggeris); jadi saya beri dia lagi RM10(duit Malaysia), nyata dia gembira dan mengucapkan terima kasih. Ingat " Nothing free in this world!". Kami sekeluarga masih terpinga-pinga dengan suasana awal di Madinah.

Menunggu bas sampai di luar airport untuk ke hotel di Madinah.


Kami dibawa ke hotel berhampiran Masjidil Nabawi menggunakan bas yang mengambil masa lebih kurang 15 minit. Di dalam bas kami dipimpin oleh mutawif membaca doa dan bezikir disamping mutawif mengingatkan adab-adab berada di bumi Madinah. Disamping itu mutawif juga memmperkenalkan kami kepada tempat-tempat sepanjang perjalanan menuju ke hotel.  Sampai di lobi  hotel kami diberikan kunci bilik, kami berempat ditempatkan sebilik 4 orang di tingkat 4.
Hotel tempat kami menginap di Madinah, berhadapan hotel Hilton Madinah dan jarak ke Masjidil Nabawai lebih kurang 100m.
Sebelum menuju ke bilik, mutawif mengingatkan supaya berkumpul di lobi pada 7.30pagi keesokkannya untuk ziarah dalam Masjidil Nabawi.  Oleh kerana keletihan, kami tertidur lena dan hanya sembahyang subuh di bilik hotel. Terlepas peluang sembahyang subuh di Masjidil Nabawi.  Takpe, masih ada 2 hari di sini.
Banner sambutan Jemaah dari syarikat Andalusia.
Sekian untuk entri kali ini. Entri seterusnya akan menceritakan tentang pengalaman ziarah dalam Masjidil Nabawi.



2 comments: