Saturday 26 May 2012

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2012

Cuti Sekolah pertengahan tahun bermula hari ni. Anak-anak dah mula bertanya ke mana nak pergi cuti sekolah ni? 'Taste' masing -masing memang tak tahan nak dengar....nak pergi overseala, tidur di hotella dsb. Alhamdulillah dah plan awal bercuti dalam negeri je sambil shopping untuk raya. Insyaallah hujung minggu depan akan ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Yang bestnya travel menggunakan KTM. 12 jam tu beb.

Kali terakhir travel menggunakan KTM pada hujung tahun lepas untuk ke Singapura. Banyak kenangan manis dalam KTM ni. Zaman belajar di USM dulu memang selalu naik KTM sebab dapat tiket konsesi.

Jiran-jiran semua dah mula mengosongkan rumah masing-masing. Ada yang dah balik ke kampung, mengerjakan umrah dan bercuti serta pelbagai aktiviti yang lain. Rakan-rakan facebook pun dah mula 'update status' aktiviti masing-masing untuk cuti sekolah ni.

Di samping tu sebentar tadi ada buat kenduri tahlil arwah, bacaan ya-sin  dan doa selamat untuk arwah bapak mertua di rumah kami di Lestari Putra. Kenduri kecil dan jemputan pun adik-beradik dan anak-beranak je. Alhamdulillah selesai dengan baik dan yang penting tiada pembaziran. Seronok jugak sesekali berkumpul macam ni. Petang esok(27/5/12) selepas solat Asar, ada gotong royong pasang khemah di rumah  jiran (Abg. Izam) Taman LEP ni. Majlis perkahwinan anaknya akan berlangsung minggu hadapan. Teringat waktu di kampung dulu, kalau ada majlis perkawinan; seminggu sebelumnya jiran-jiran sekampung akan berkumpul bergotong-royong pasang khemah, cari kayu, pilih beras dan sebagainya. Waktu tu tu budak-budak lagi, jadi yang bertungkus-lumus orang-orang dewasa je, kita orang main kejar-kejar je....

No comments:

Post a Comment