Wednesday 6 June 2012

Kelantan Trip 31/5/12~3/6/12

Tiket Keretapi Ekspress Wau a.k.a KTM Intercity Eastern Region.
Sempena cuti sekolah sekarang ni, kami sekeluarga telah memilih Kelantan sebagai destinasi percutian kami. Istimewanya, kami memilih keretapi sebagai kenderaan untuk ke destinasi kami. Tempahan tiket telah dibuat sebulan yang lepas.                                                                                                                                                                              Yang mengejutkan tiket hampir habis dijual. Jika lewat sedikit kemungkinan akan kempunan nak naik keretapi. Tiket yang laris mungkin disebabkan cuti sekolah. Sebenarnya, nak tempah tiket di gerabak berkatil untuk semua.Tapi malangnya cuma ada dua katil yang kosong untuk perjalanan menuju ke Kelantan. Jadi selebihnya duduk di gerabak berkerusi sahajalah. Untuk perjalanan balik, tiada kekosongan untuk gerabak berkatil. Jadi semua kena duduk di gerabak berkerusi sahajalah.






Peta laluan KTMB


Perjalanan ke Kelantan mengambil masa lebih kurang 14jam. Satu perjalannan yang panjang. Tetapi disebabkan  perjalanan di waktu malam, jadi masa perjalanan yang panjang tidak terasa kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk tidur....Kami menaiki "Keretapi Ekspress Wau" yang cuma berhenti di stesen-stesen terpilih sahaja.  Stesen mula di KL Sentral dan stesen terakhir adalah Wakaf Baru. Wakaf  Baru terletak lebih kurang 6 km dari bandaraya Kota Bharu.
Stesen-stesen yang "Ekspress Wau" berhenti:                        Sentral KL-Kajang-Seremban-Tampin-Gemas-Bahau-Mentakab-Jerantut-Tembeling-Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang-Dabong-Kuala Krai-Tanah Merah-Pasir Mas-Wakaf Bharu-Tumpat.

Perajalanan kami bermula dari Putrajaya Sentral. Parking kereta di Putrajaya Sentral. Naik ERL ke KL Sentral dan diteruskan dengan Ekspress Wau menuju Wakaf Bharu.
Di Stesen ERL Putrajaya Sentral

Dalam ERL menuju KL Sentral. Nana nampak kembang dada. Ni baru betul macam lagu "Naik keretapi sampai Kuala Lumpur"
Menunggu ketibaan Tren Ekspress Wau.

                                                                                                                                                         Keretapi dijadual bertolak pukul 8.30p.m. Tapi dah pukul 9.00p.m masih belum ada pengumuman keretapi sampai. Kira-kira pukul 9.30p.m barulah penumpang dibenarkan ke platform keretapi serta menaiki gerabak masing-masing. Tempat tidur dikhaskan untuk "Uwan, aween dan Nana". Mama, abah dan Faiz duduk di kerusi kelas 2 ber ekon(ASC).                                                                                                                                                                              Di dalam keretapi cuma ada 2 aktiviti. Makan dan tidur.  Sementelah terdapat kantin di dalam keretapi. Harga pun boleh tahan. Air panas(teh, kopi atau milo) harganya RM2 secawan. Makanan bergoreng seperti nasi atau mee, harganya RM5 sepinggan. Sepanjang perjalanan tak pasti dah berapa RM di belanjakan untuk makan sahaja.
Pekena meggi sup pukul 2 pagi di kafe KTM. RM5 sepinggan!
Nana nyenyak tidur di katil bhg atas.
Gerabak Berkatil lengkap degan langsir.
Tempat duduk kelas 2 ber ekon


Tidor da

 Kalau ikut jadual ketibaan di tiket adalah pukul 9.25a.m. Tetapi pukul 7.30a.m baru sampai di Gua Musang. Ada 5 stesen lagi baru sampai destinasi(Dabong-Kuala Krai-Tanah Merah-Pasir Mas-Wakaf Bharu). Menurut seorang penumpang perajalanan dari Gua Musang ke Wakaf Baru mengambil masa lebih kurang 3jam setengah. Jadi dijangka sampai pukul 11a.m. 1 jam setengah lewat dari jadual asal.
Sampai di Dabong, hari dah terang-benderang.

Seperti dijangka, kami sampai di Stesen Wakaf Bharu pada pukul 11a.m. Kami disambut oleh Achid(abg ipar den), Zaidah(kak ipar den) dan Wan Jo(biras den). Kami dibawa menaiki MPV dia orang untuk ke "home stay" di Pasir Tumbuh. Perut dah lapar, maklumlah belum sarapan dan dah nak tengahari pulak. Singgah makan di sebuah gerai makan di wakaf Che Yeh. Makan hidang; macam-macam lauk ada; ikan, siput sedut, ayam masak lemak, sup dan sebagainya. Yang istimewanya, di sini minum air sirap dalam balang/bekas kuih(menggantikan gelas). Nek moyang banyak ais.
Air sirap dalam balang di Wakaf Che Yeh

 Perut dah kenyang, perjalanan diteruskan ke "home stay" di Pasir Tumbuh. Satu banglo 3 bilik beruang tamu dan dapur. Sewanya RM150 pernite. Amat berbaloi.

Papan Tanda Home Stay
Sampai di tempat penginapan, apa lagi cari bantalla...tidurrr....Kira-kira pukul 2ptg,
rancangannya pergi shopping di Pengkalan Kubor.
Dia orang semua pergi shopping dan eden meneruskan aktiviti tidur. Entah berapa kali terjaga dan tidur balik. Sedar-sedar terdengar bunyi hon, rupa-rupanya dah pukul 7 malam dan dia orang dah balik dari shopping. Umang ngai banyak eh barang dia orang shoping dengan TOTOnya,kuali, pinggan, senduk, jug serta mainan budak-budak.                                                                                                        
Kalau ikut jadual, malam tu nak pergi shopping di Wakaf Che Yeh pulak. Tapi semua dah letih dan
lupakanlah Wakaf Che Yeh, tidur lagi best!
Kessokan harinya, rancangannya ke KB, destinasinya sudah tentulah Pasar Siti Khadijah. Sebelum ke Pasar Siti Khadijah, kami sarapan nasi dagang spesial di sebuah gerai berdekatan Kubang Krian. Memang terkenal kedai ni agaknya, pelanggan berbaris tak putus-putus. Kami makan nasik dagang berlaukkan ikan tongkol muda dan ayam. Sedapnya dan mengenyangkan.
Sementara menunggu Pasar Siti Khadijah buka, kami pergi ke Bazar Tok Guru. Dalam perjalanan ke Bazar Tok Guru Kami singgah di Muzium Kelantan.
Muzium Kelantan. Rasanya orang Kelantan ramai lagi yang belum masuk ke sini.

                                                                                                                       





Bazar Tok Guru juga merupakan pusat membeli belah. Teradapat banyak lot-lot kedai menjual bermacam jenis kain, baju, tudung dan sebagainya. Para ibu meneruskan aktiviti shoppingnya.
Tulisan Jawi Wajib di Sign Board


Aktiviti shopping.

Dinar dan Dirham diterima



























Setelah puas shopping di Bazar Tok Guru, kami pun pergi ke Pasar Siti Khadijah untuk para ibu meneruskan aktiviti shopping. Seperti Bazar Tok Guru di sini juga terdapat banyak pusat jualan kain-kain yang harganya jauh lebih murah berbanding di KL katanya.
Acara memilih kain
Setelah puas shopping di sini kami pun check out home stay kemudian dibawa ke rumah Achid untuk makan tengahari dan merehatkan tulang sebelum balik ke KL.
Banyak lauk pauk disediakan Kak Hanim untuk dijamu kepada kami. Perut lapar, apa lagi makan la...

Yea...keretapi dah sampai, kami nak balik...
Masa untuk balik ke KL sudah tiba. Keretapi dijadual bertolak pada pukul 7.02p.m. Kali ini memang tepati masa.
Bye-bye Kelantan...see you again!
Kami sampai di KL Sentral pada pukul 8.15 pagi. Perjalanan diteruskan dengan ERL ke Putrajaya Sentral dan balik ke rumah.


No comments:

Post a Comment