Thursday 4 October 2012

Gotong-royong at LEP 3....





Sabtu lepas, 29/9/12, pukul 9am~12pm, pendududuk LEP 3 berkumpul untuk mendirikan papan tanda Taman. Taman LEP 3. LEP=Lestari Putra....sebelum ini pihak MPSJ telah mendirikan satu papan tanda untuk Taman ini, tapi entah macamana papantanda tu tumbang dan keesokan harinya lesap...kena jual scrap la gamaknya tu....


Selepas tu sampailah minggu lepas, Taman kami tanpa sebarang papan tanda...kalau ada sedara-mara atau rakan taulan nak datang memang jenuh nak explain jalan ke rumah....masalah ni diutarakan oleh Hj.Azali kepada rakan FB di LEP 3 Komuniti group dan disambut oleh rakan2 dan jiran2....jadi tercetuslah idea untuk mendirikan papan tanda untuk taman kami...tapi nak lain dari yang lain...ideanya nak buat papan tanda gunakan kayu ala-ala country home gitu...setelah buat sedikit collection dan sedikit tenaga DIY...maka siaplah satu papan tanda yang canggih....hmmm....pada 29/9 tempohari adalah hari untuk menegakkan papan tanda tersebut....Alhamdulillah siap juga dan ya...dah ada papan tanda untuk taman kami...taklah susah nak explain kepada yang nak datang menziarah....
Uncle pon turut serta...
Hj Azali...our otai!
Another landmark for LEP3...
Ini adalah berkat kerjasama...kalau tiada kerjasama...apa pun tak boleh...Syabas semua!!!!

No comments:

Post a Comment