Sunday 10 June 2012

Realiti Rakyat Malaysia

1. Rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam keadaan aman damai tanpa mengira bangsa dan agama. 


2. Orang India  dan Cina tidak kekok menghadiri majlis-majlis perkahwinan orang Melayu. Begitu juga sebaliknya.


3. Alam persekolahan, alam pekerjaan serta alam kejiranan memainkan peranan penting untuk menyemai nilai murni perhubungan antara kaum ini.

4. Orang Islam  hadir di majlis perkahwinan orang bukan Islam(India/Cina) demi memenuhi jemputan serta menyerikan majlis walaupun mempunyai kekangan dari segi makanan. Sebenarnya perkara  ini bukanlah  masalah besar kerana yang penting adalah kehadiran di majlis tersebut.


5. Entri ini sempena kehadiran saya dan keluarga di majlis perkahwinan rakan sepejabat isteri saya yang berbangsa India iaitu En.Anba di Bangunan Peladang, Petaling Jaya. Majlis tersebut dihadiri oleh pelbagai bangsa. Orang Melayu,Cina dan semestinya India serta lain-lain bangsa. Walaupun kami tidak dapat menjamah hidangan disediakan tetapi kehadiran kami tetap dihargai dan bermakna.

Bangunan Peladang , Petaling Jaya

Bergambar bersama pengantin.


No comments:

Post a Comment