Sunday 1 April 2012

Umrah Ziarah 12Mar 2012~26Mar 2012 - Transit Jordan

Assalammualaikum,
Alhamdulillah, kami sekeluarga berkesempatan melalakukan ibadah umrah dan ziarah pada 12Mar,2012 hingga 26Mar,2012 yang lepas. Saya akan berkongsi pengalaman ketika di tanah suci melalui entri ini dan seterusnya. Saya pergi ke tanah suci bersama isteri(Zarina Mohd.Ali) dan dua orang anak(Mohd. Faiz dan Nureen Farhanah).  Kami mengikuti pakej Andalusia Transit Jordan. Ahli jemaah semuanya 34orang.
Ini adalah pengalaman pertama melakukan ibadah umrah dan ziarah berbanding ahli jemaah yang lain yang sekurang-kurangnya telah melakukan ibadah umrah  sebanyak sekali. Sudah tentu saya sekeluraga  banyak terpinga-pinga terutama bila sampai di Madinah dan Makkah.



Kami menggunakan penerbangan Royal Jordan. Transit di Bangkok selama 1 jam dan sambung penerbangan selama 7 jam ke Amman, Jordan. Transit di Jordan selama lebih kurang 10 jam. Kami disediakan hotel dan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di Jordan seperti Gua Al-Kahfi, Roman Stadium, Laut mati dan Makam Nabi Syuib. Cuaca di Jordan ketika itu agak sejuk(6 deg C ~14deg C).
Di hadapan Gua Al-Kahfi. Diceritakan dalam Al -Quran(Surah Al-Kahfi); 7 pemuda tertidur selama 300 tahun di gua ini untuk menyelamatkan akidah. SubhanAllah.


Di  tepi Laut Mati. Tak dapat mandi sebab masa suntuk.  Posing dan cuci kaki aje di laut  ni. Tiada  sebarang hidupan yang terdapat di dalam lautan ni.  Menurut ceritanya ini adalah balasan Allah terhadap hambanya yang ingkar.



Ziarah Makam Nabi Shuib - Lokasinya di pinggiran gunung(tanah tinggi). Memang expert drebar bas yang bawak kami ke tempat tersebut. Dia boleh reverse dan buat U-turn di kawasan pergunungan.
 
Ternampak kereta ni sewaktu meninggalkan laut mati. Jenama KIA. Cuba perhatikan betul-betul, sebijik macam proton SAGA BLM. Sapa tiru sapa? Yang pasti proton yang ciplak....semua setuju....


Ini pulak di Stadium Roman Lama...terletak di tengah-tengah bandar Amman. Di bina sewaktu Jordan di jajah kerajaan Roman dahulu.




                      





 Walaupun kami berada di Jordan selama lebih kurang 10 jam tetapi begitu  banyak pengalaman yang kami kutip. Satu lagi pengalaman yang tak boleh dilupakan ialah sewaktu pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang Queen Aliya Jordan. Kami dipaksa membuka kasut  dan tali pinggang  kerana "security sensor" sentiasa mengeluarkan bunyi. Kesian kepada pakcik-pakcik yang turut serta dalam jemaah kami. Satu perkara yang berbeza dengan pemeriksaan keselamatn di KLIA ialah air mineral dalam botol dibenarkan untuk ke dalam pesawat. Kalau di KLIA dah kena rampas.

Sekian untuk entri kali ini. Entri seterusnya saya akan menceritakan pengalaman di Madinah pula.


2 comments:

  1. Pengalaman terindah....Rebutlah peluang sebegini jika ada...In shaa Allah doa semasa tawaf wida termakbul kerana setiap insan yang ke 'sana' pasti merindui untuk ke 'sana' lagi...

    ReplyDelete