Wednesday 18 April 2012

Projek Kambing di KTR

Pintu Pagar utama ladang kambing kami
Untuk entri kali ni, saya akan menceritakan tentang projek ternak kambing di tanah pusaka milik keluarga kami. Projek ini adalah usahasama kami adik beradik. Tetapi yang memulakan dan bersemangat adalah adikku Hisham atau Icam. Dia yang telah turun naik pejabat pertanian, jumpa YB, attend kursus dan sebagainya. Saya cuma memberi sokongan dari belakang untuk memastikan projek berjalan lancar dan berjaya. Progress sekarang adalah pembinaan kandang dan fasilitinya serta kerja-kerja tanah untuk penanaman rumput napier.



Pemandangan dari dalam ladang ke pintu pagar utama
Sebenarnya, 4 tahun lepas, saya telah memulakan
projek ternak kambing ni di kampung ni. Pada awalnya semua berjalan lancar, kambing beranak dan bertambah. Tetapi lama-kelamaan seekor demi seekor kambing mati dan yang hidup pun dalam keadaan tak sihat. Ini semua disebabkan tak cukup ilmu terutama penjagaan kesihatan kambing-kambing. Sebab kita bela benda hidup jadi penjagaan kesihatan adalah penting. Setelah itu kambing pun habis sekandang dan rasa merajuk tak nak bela kambing lagi. Sebenarnya bila Icam utarakan nak mulakan projek kambing ni, rasa tawar hati nak bagi sokongan disebabkan pengalaman yang lampau. Tetapi bila tengak usaha dan semangat dia, jadi saya pun bersemangat semula. InsyaAllah kali ini lebih sistenmatik dan akan berjaya. Aminn ya rabbal 'alamin.

Anak-anak dan anak buahku teruja mebersihkan ladang. Di belakang tu adalah kandang kambing dalam pembinaan. Lebih kurang 50% siap.

Bahagian Tangga Kandang. masih belum siap.

Bahagian lantai kandang juga belum siap
Pembinaan kandang masih berjalan. Diharap semua fasiliti akan siap sebelum hujung tahun ni. Dan akan bermulalah era perkambingan diawal 2013. Bukan sahaja untuk penternakkan tapi kami juga bercadang untuk membuat trading kambing-kambing sempena event-event tertentu seperti aqiqah, korban, majlis kenduri-kendara dan sebagainya.
Tanah dalam ladang yang telah dibajak untuk tanaman rumput napier.

Kwasan yang akan ditanam rumput napier.





  Struktur asas bangunan kandang sudah siap. Cuma bahagian lantai, bilik-bilik tangga dan sebagainya masih dalam pembinaan.
Ladang kambing kami dikelilingi pokok-pokok durian. Senang kambing nak berteduh nanti.
Inilah Rumah Keluarga kami di KTR betul-betul di sebelah ladang kambing kami.

Kawasan untuk tanaman napier sudah dibajak. kami dapatkan bantuan dari pihak PPK. Alhamdulillah ada jugak bantuan dari agensi  kerajaan.                           Luas jugak kwasan yang akan ditanam rumput napier ni. Icam pun dah kursus penanaman dan penjagaan rumput Napier ni. Dia pun dah mula menanam benih-benih napier di rumahnya di Banting. Bila tapak tanaman ni siap nanti dia kan bawak anak-nak rumput napier yang telah disemai tu ke ladang kami.
                                                     























Tangki air bekalan minuman kambing.
Takung makanan kambing.
Gambar-gambar contoh fasiliti dalam kandang juga dikongsikan oleh Icam. Seperti tangki air dalam kandang , takung bekas makanan kambing dan kepala paip khas untuk  kambing minum. Gambar-gambar ini diperolehi sewaktu dia menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan olah Jabatan Pertanian. Insyaallah semua fasili ini akan dibuat di kandang kami juga.

Kepala paip  khas untuk kambing minum.




































































No comments:

Post a Comment