Monday 16 April 2012

Perjalanan dari Madinah ke Makkah untuk mengerjakan Umrah



Assalammualaikum,
1st time pakai ihram. Berpusing-pusing.
Setelah 3 hari di Madinah, tibalah masanya untuk ke Makkah untuk mengerjakan umrah. Pagi tu melakukan perkara-perkara sunat untuk ihram, seperti bercukur, mandi sunat, potong kuku dan sebagainya. Hari tersebut hari Jumaat. jadi merasalah menunaikan solat Jumaat di Masjidil Nabawi. Selepas solat Jumaat, buat ziarah widak dari saf sahaja. Balik ke hotel bersiap untuk memakai  ihram.

Lebih kurang pukul 2.30petang, kami menaiki bas menuju ke Masjid Bir Ali untuk melakukan niat di Miqat. Sepanjang perjalanan dalam bas, mutawif mengajar sambil mengingatkan jemaah tentang adab-adab berihram. Sampai di masjid Bir Ali kira-kira pukul 3.30ptg. Ambil wudu', lakukan solat sunat tahyatul masjid diikuti solat taubat dan solat sunat ihram.  Dan lepas itu tunggu solat Asar. Setelah masuk Asar, kami menunaikan solat qasar Asar.

                                                                       Lepas solat kami menaiki bas semula untuk berniat umrah bersama-sama di dalam bas. Setelah itu, maka bermulalah larangan-larangan ihram. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah bersama-sama sehinggalah terlelap. Sesekali terjaga juga. Sepanjang perjalanan cuma nampak bukit-bukit dan padang pasir di kiri kanan lebuhraya.




Kami berhenti di Wadi Kudai untuk makan malam dan solat jamak qasar Maghrib dan Isyak. Wadi Kudai terletak kira-kira 100km dari Makkah. Di Wadi Kudai kami di hidangkan nasi beriani dalam talam berlaukkan ikan dan ayam. Boleh tahan sedap rasanya. satu talam makan untuk 4 ke 5 orang. Alhamdulillah kenyang.

Berehat selepas tawaf

Kaabah
Setelah itu kami teruskan perjalanan ke Makkah yang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami check in di  hotel Thaurat Al-Monsia yang menempatkan jemaah umrah pakej Andalusia. Setelah check in hotel, lebih kurang pukul 11 malam, kami dibawa oleh mutawif ke masjidil haram untuk mengerjakan ibadah umrah.  Maklumlah kali pertama sampai di tanah suci; terpinga-pinga jugak melihat masjidil haram. Lepas tu kami dibawa ke dalam masjidil haram, kali pertama nampak kaabah; rasa macam percaya-tak percaya aje. Maklumlah selama 39tahun sembahyang menghadap kaabah tapi tak pernah tengok kaabah.

Faiz anak bujangku

Di tingkat 2 masjidil haram


Selesai tawaf tujuh pusingan, kami mengerjakan sa'i pula dan di akhiri dengan tahalul. Semuanya selesai lebih kurang pukul 2pagi. Fuhh penat jugak ransanya. Alhamdulillah, selesai jugah umrah wajib kami. Balik hotel dan berehat untuk menunggu waktu subuh pulak.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment