Saturday 14 July 2012

Kenduri Doa Selamat dan Tahlil arwah - 14/7/12

Gotong Royong Siang Kambing dan potong bawang
Setiap tahun kami adik-beradik akan berkumpul dan mengadakan kenduri doa selamat dan tahlil arwah menjelang tibanya bulan Ramadan. Tentunya kenduri doa selamat ini ditujukan kepada arwah ibuku, alongku dan kakakku(Amok)... Tahun ini diadakan lebih kurang seminggu lagi nak masuk Ramadan. Setiap tahun orang-orang kampungku berebut-rebut mengadakan kenduri sempena menyambut puasa. Jadi perlu merancang dengan teliti supaya semua orang dapat hadir. Yang istimewanya kenduri di kampung ini adalah amalan gotong-royong bagi menjayakan setiap kenduri....


Masterchef....kari kambing...
Tidak seperti dahulu...dua tiga tahun kebelakangan ini orang kampungku  kenduri sudah menggunakan sistem buffet cuma memasak sahaja masih bergotong-royong. Siap dengan khemah serta kerusi meja... Mungkinkah suatu hari nanti orang kampung juga akan menggunakan sistem katering......segalanya mungkin...  yang pastinya orang kampungku mengikuti peredaran zaman....tidak ketinggglan lagi...
Berbaris untuk menikmati hidangan secara bufet....kari kambing, sembilang sambal, ayam goreng etc...

Setelah para tetamu reda barulah tuan rumah menjamu selera...



 

1 comment:

  1. Al-fatihah untuk arwah omak, along dan amok. Tahun ini tambah lagi seorang arwah dalam keluaga kami...arwah abangku, Rahmat bin Johan.

    ReplyDelete