Wednesday 20 June 2012

Biz Trip Ke China...11/6/2012~15/6/2012

1. Aku berpeluang ke Negara China pada 11/6~15/6/2012 baru-baru ini.

2. Tidak seperti orang lain, kalau ke negara China tujuan mereka adalah makan angin. Tetapi aku pergi di atas urusan kerja.

3. Kalau sebut kerja, maka aktiviti di sana semuanya berkaitan kerja. Memang letih. Nak buat report bagai...ho! nak beli souvinier untuk anak-anak pun tak sempat...
 

4. Kami ke sana seramai 6 orang; 3 Melayu, 2 Cina dan 1 Jepun.

Terminal Bas Ke Tanah Besar China
5. Kami menggunakan penerbangan MAS ke Hong Kong yang mengambil masa 3 jam setengah. Setelah itu kami menyambung perjalanan dengan menaiki bas ke Tanah Besar China daerah Huizhou yang menelan masa selama 4 jam. Jumlah perjalanan adalah lebih kurang 7 jam setengah. Letih ho...
Dalam Bas Dari Hong Kong Ke Tanah Besar China

6. Walaupun negara China dan Hong Kong telah bersatu tetapi mereka masih mempunyai pusat imigresen yang berlainan. Setiap kali hendak masuk atau keluar dari Tanah Besar melalui Hong Kong perlu melalui 2 stesen imigresen.

7. Cuaca di China dan Hong Kong sekarang ini lebih kurang sama seperti Malaysia iaitu 32 darjah Celcius. Cuma yang membezakan adalah  panas di Malaysia masih ada angin bertiup teatapi panas di China adalah panas kering. Badan cepat berlengas....

8. Jam waktu negeri China adalah sama seperti Malaysia. Cuma di sana waktu siang agak cepat, lebih kurang pukul 5 pagi sudah terang dan waktu malam pun agak cepat, jika pukul 6 petang tu sudah gelap gamaknya...

Tomyam Seafood
9. Makanan halal memang susah didapati di daerah Huizhou ni. Jadi cuma makan nasi dan sayuran serta 'seafood' ajelah...tetapi jangan fikir sampai tahap kuali masak...kalau tidak tak makanla gamaknya....

10. Seminggu juga tidak makan lauk ayam atau daging...waktu hendak balik ke Malaysia, selepas 'check in' di HKIA...ternampak satu restoran yang ada lambang 'halal'...apalagi terus order ayam goreng dan nasi...'Alhamdulillah' kenyang!
Durian pun ada jual di China

11. Semasa di sana sempat juga ambik gambar-gambar yang mungkin tidak terdapat di Malaysia.
Kepala Motor Badan Lori

Motor siap dengan atap. Mereka ni sebenarnya adalah teksi sapu...

Gambar ini menunjukkan tahap displin orang di sini. Perhatikan Notis di belakang pak guard yang isap rokok ni.

12. Rasanya, kalau diberi peluang untuk ke sana untuk urusan kerja macamni, memang tak nak, kalau boleh nak tolak ke orang lain...letih beb...bukan dapat banyak elaun pon!

No comments:

Post a Comment