Friday 4 May 2012

Family Day at Pulau Pangkor(28/4~30/4/12)

           Pagi 28/4/12 berkonvoi dari Hitachi Bangi menuju ke Pulau Pangkor sebanyak 13 kereta. Konvoi diketuai Ibtisyam. Ini pengalaman pertama berkonvoi. Terasa kelainannya dan memang best. Biasanya kalu pergi bercuti driving sendirian tanpa berkonvoi.

          Dari Hitachi kami melalui SKVE dan masuk Elite dan seterusnya PLUS highway. Masuk Exit Behrang. Berhenti sarapan di "Behrang Station". Tempat ni disyorkan oleh Cik Hafiz.

Gerai Terkenal Di Behrang Station. Masuk Kosmo tu. Boleh tahan juga rasa cendolnya.



       Setelah selesai sarapan, kami meneruskan perjlanan ke Lumut melalui Teluk Intan. sampai di Setiawan hujan lebat. Singgah di stesyen minyak Caltex untuk isi minyak, buang air dan beli makanan ringan. Teruskan perjalanan dan sampai di Lumut kira-kira pukul 2 petang. Setelah parking kereta kami berkumpul di depan Jeti.Disambut oleh pemilik "Mizam Resort"; En.Rizal. Tiket feri diedarkan dan menaiki Feri kira-kira pukul 3.15pm. Sampai di Pulau Pangkor dalam pukul 4pm. Dan naik teksi pulau menuju "Mizam Resort". Setelah check in, tidor dan aktiviti bebas.

       Hari ke dua, pagi kami dibawa mengelilingi pulau dan shopping barangan hasil laut. Di sebelah petang, ada aktiviti snorkerling, bola tampar pantai dan lain-lain. Di sebelah malam, ada aktiviti BBQ, sukaneka dan karaoke. Semua gembira sebab ada yang dapat hamper dan sebagainya.



       Hari ke tiga pagi, aktiviti pantai diteruskan. Anak-anak mandi-manda, para bapa dan yang bujang main "banana boat" serta para ibu bergosip-gosipan di tepian pantai. Pukul 12pm check out dan ke jeti menaiki  teksi. Naik feri dan sampai di Lumut, aktiviti pertama makan tengahari dan diteruskan dengan aktiviti shopping. Sebab katanya kat sini harga lagi murah berbanding di pulau.

     Aku balik awal dari yang lain sebab depa ni tak habis-habis shopping. Balik ikut Teluk Intan dan Ikut Sungai Besar lepas tu potong highway LATA. Sampai equine park kira-kira pukul 8p.m. Makan malam di Teh O Beng 70 sen. Lepas tu balik rumah tido. Pengalaman yang menarik.....  


No comments:

Post a Comment