Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru- 16 Mei, 2012

Selamat  hari guru diucapkan kepada semua warga pendidik. Terutama sekali kepada guru-guru serta ustaz/ustazah yang pernah mendidikku di Sekolah Kebangsaan Dangi(1979~1984), SMK Muara Tuang(1985~1987), Kolej Datu Patinggi Haji Abang Abdillah(1988~1989) dan Sek. Tun Syed Sheikh Shahabudin(1990~1991) serta USMKCP(1992~1996).



Guru sekarang beruntung kerana pada setiap hari guru mesti ada hadiah dari anak-anak murid. Malam tadi kedua-dua anakku sibuk mengajak ke kedai untuk membeli hadiah untuk guru-guru mereka. Habis dalam RM30+....tapi bila anak gembira kita pun akan gembira. Alhamdulillah....

Selamat Hari Guru!


Sajak Guru Oh Guru



Oleh: Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

No comments:

Post a Comment