Friday 6 April 2012

Ziarah Luaran di Kota Madinah

Assalammualaikum,
Di Ladang Kurma
Kita sambung cerita pengalaman ziarah luaran di Madinah.
Kami dibawa melawat ke ladang kurma.
Tanah atau debu di Kota Madinah telah didoakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai tanah yang subur dan sebagai ubat. Kelebihan Madinah ialah buah kurma. Buah kurma di Madinah adalah buah kurma yang paling berkualiti. Kurma yang paling berkualiti adalah kurma ajwa atau juga dipanggil kurma nabi. harganya mahal berbanding kurma yang lain. Di Madinah kita boleh dapat kurma ajwa dengan harga SR60/kg atau lebih kurang RM50/kg. Tetapi di Makkah harganya melonjak ke SR120/kg. Di Malaysia ia boleh didapati dengan RM150/kg. Boleh botak kepala sebab mahal sangat.

Sampai panjat pokok kurma pakcik ni. Nak dapatkan debunga kurma. Khasiat debunga kurma adalah untuk menyuburkan sistem peranakkan. Sesuai untuk orang susah dapat anak  
Disamping itu kami dibawa melawat masjid Quba. Jika kita sembahyang di masjid Quba pahalanya sama seperti mengerjakan 1 umrah.

Di Masjid Quba'.
Masjid Quba'





Kami juga dibawa ke Jabal Uhud dan menziarahi perkuburan sahabat yang gugur syahid sewaktu perang Uhud. Ramai shabat yang syahid waktu peperangan Uhud.

Di Jabal Uhud
Ziarah Perkuburan Sahabat Nabi yang gugur syahid semasa perang Uhud.



.


Menu
Setelah letih ziarah luar; sempat singgah di Restoran makanan Indonesia. Restoran Al-Karat namanya. Harga makanan di sini boleh tahan mahal juga. Perut dah lapar; beli ajelah.

Menjamu selera
Kabab Kambing...hmmm lazat
















Pilih Jubah
Macam-macam ada


                        Sempat juga melakukan aktiviti shopping di Madinah. Barangannya agak murah. Cuma kena sediakan duit yang secukupnya. Kebanyakkan peniaga di sini boleh berbahasa Melayu terutama sewaktu tawar -menawar.
Pasar Lambak...
.

Bersambung.....



 

No comments:

Post a Comment