Tuesday 17 April 2012

Aktiviti di Tanah Haram 17Mar~24Mar 2012


Bismillahhirrahmannirrahim...
Sewaktu di Tanah Haram semua tumpuan adalah untuk melakukan ibadat. Setiap ibadat pahalanya akan digandakan 100ribu kali ganda. Sungguh release di sini. Setiap kali masuk waktu sembahyang fardhu, manusia berpusu-pusu menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat. Kira-kira 1  jam sebelum masuk waktu orang sudah berpusu-pusu menuju ke masjid. suasana yang kita tak dapat lihat di mana-mana masjid di Malaysia. Semua kedai akan ditutup setiap kali masuk waktu solat.Alhamdulillah syukur saya terpilih
untuk beribadat di sini bersama-sama jemaah yang lain. Setiap kali balik dari solat di Masjidil Haram, menuju ke hotel, ada satu kedai buku- buku agama akan memainkan nasyid "Muhammad Nabina" . Ada beli CDnya dan upload untuk didengari dan mengimbau kembali suasana di Tanah Suci. Nana(anak bongsuku) cukup meminati lagu nasyid ni. dan jadi siulan kami sekeluarga.









Sesuatu yang istimewa di sini ialah setiap kali lepas solat fardhu berjemaah mesti ada solat jenazah. Saya yang tak pandai solat jenazah sudah menjadi biasa solat jenazah disini dengan panduan yang diberi oleh ustaz-ustaz serta  mutawif. Pahala mengerjakan solat jenazah ialah sebesar Jabal Uhud. Besar pahala tu digandakan pula dengan 100ribu kali ganda. Alhamdulillah.
Just Before Tawaf Umrah From Tanaim Miqat
Infront kaabah

Enjoy Ice Cream Jilat as what mentioned by Ustz. Daud Che Ngah
Hari-hari di sini kami menghabiskan masa mengerjakan tawaf sunat, umrah sunat, berzikir, solat, hadiri majlis ilmu, tahlil arwah dan sebagainya. Diselang-seli dengan membeli belah yang tidak melampau, melawat kawasan-kawasan bersejarah seperti Jabal Tsur, Jabal rahmah, Mina, Arafah, Mudzalifah, ladang unta, masjid untuk miqat di  Hudaibiyah, Ja'ranah serta Tanaim. kami tak berkesempatan melawat muzium masjid sebab tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Arab Saudi. Berpeluang juga minum susu unta. Minum air zam-zam sepuas puasya. Makan ayam golek arab. Tawar! tapi sedap....Boleh dikatakan barang-barang di sini agak murah cuma barang makanan agak mahal.   


Join the crowd right after perform tawaf sunat

Just Before Maghrib

Masjidil Haram Expansion include King Abdullah Door  Construction. Maybe complete before Haj Season this year.

Inside Masjidil Haram

Carry Al-Quran just before waqaf to Masjidil Haram.

Slept infront kaabah. Too tired maybe.
Crowd in Masjidil Haram

Inside Masjidil Haram with Zam zam Tower background.

Infront kaabah

At Jabal Rahmah

Enjoy Ice Cream at Jabal Rahmah

Haji Marhalim and Family

Ladang Untalah. Dapat minum susu unta...

Masjid Hudaibiah Original

In Ihram from Malazia
Met Anon and famili infront Masjidil Haram

Kebetulan bertemu dengan akak ipar dan
keluarganya yang juga mengerjakan umrah.
Alhamdulillah semuanya kuasa Allah.

Tak sangka bole jumpa....




OTW Jeddah
Our Luggage

Kami menunaikan tawaf wada pada 23Mar 2012 pukul 1.30tengahari. Bertolak ke Jeddah pukul 3ptg. Kami berdoa agar dijemput sebagai tetamu Allah beberapa kali lagi. Amin ya Rabbal 'Alamin. Semoga ibadah umrah kami adalah ibadah Umrah yang mabrur.  Amin ya Rabbal 'Alamin








Alhamdulillah beg-beg kami tidak beranak pinak. Sebab ada 8 beg semuanya. Cuma tongkat yang dibeli untuk bapaku kena masuk dalam perut kapal. Alhamdulillah berkat kerjasama satu sama lain dalam jemaah kami, semua urusan dapat diselesaikan dengan mudah. kami check in pukul 9mlm dan flight pukul 1pagi. kami dibekalkan makan malam nasi ayam panggang ala-ala Indon. Dapat jugak alas perut sebab lepas tawaf wida tadi tak sempat makan sebab menguruskan beg-beg dan sebagainya.
Luggage Monitoring
 Ya Allah Kau terimalah segala ibadat ku sekeluarga di Tanah Suci ini. Kau pilihlah kami serta saudara-saudara kami untuk menjadi tetamuMu berulang kali lagi. Makbulkanlah segala doa kami. Amin ya Rabbal 'Alamin.
Penyician jiwa

No comments:

Post a Comment