Tuesday 3 April 2012

Ziarah Dalaman di Masjidil Nabawi

Assalammualikum,
Seperti dijanjikan, untuk kali ini saya akan menceritakan pengalaman ziarah dalaman di Masjidil Nabawi.
Setelah selesai sarapan di dewan makan Andalusia. Jemaah kami (RJ12- Royal Jordan 12hb) berkumpul di lobi hotel pada pukul 7.30a.m. Mutawif membahagikan kami kepada 2 kumpulan; lelaki dan perempuan.

Faiz dan Mama prepare to Masjidil Nabawi

Kumpulan lelaki diketuai mutawif(ustaz Abd. Rahman) manakala jemaah perempuan diketuai Pn.Aziah(tour leader). Maklumalah waktu kursus umrah di KL cuma tumpukan cara menunaikan umrah tanpa memberi perhatian tentang ziarah di Madinah; jadi banyak perkara yang kami sekeluarga tidak membuat persiapan. Terpinga-pinga lagi. Ikut sahaja apa yang dipimpin mutawif. Sebenarnya banyak perkara ibadah yang boleh dilakukan di dalam Masjidil Nabawi. Rugi rasanya sebab tak cukup ilmu pengetahuan. kami bernasib baik dipimpin mutawif dan banyak ilmu yang diperolehi. Setiap ibadah yang dilakukan di Masjidil Nabawi pahalanya diganda 1000kali ganda.
Khemah Luar Masjidil Nabawi Yang Terbuka
Ada Khemah yang masih kuncup.
Pintu Menuju Perkuburan Baqi. Berhampiran makam  Rasulullah. Jasad yang pertama dibangkitkan di hari akhirat nanti  ialah sesiapa yang dikuburkan di perkuburan Baqi.
Kami dibawa ke dalam Masjidil Nabawi melalui pintu King Aziz. Sepanjang lorong dalam masjid disediakan air zam-zam dalam tong-tong air. Boleh pilih yang sejuk atau tidak sejuk. Minum air zam-zam. Setelah itu kami dibawa menuju ke kawasan masjid asal Masjid Nabi. tandanya ialah tiang-tiang yang bertulisan hijau berbanding tiang tambahan tulisannya berwarna marroon. Alhamdulillah. Masih tercengang-cengang lagi. Kemudian dibawa menziarahi Makam Rasulullah seraya memberi salam"Assalammualaikum ya Rasullullah". Menziarahi nabi ketika sudah wafat serupa menziarahinya sewaktu hidup. insyaallah diberi syafaat di waktu timbang amal di padang mahsyar. Salam dari kawan-kawan juga disampaikan. Di sebelah makam nabi terdapat makam Saidina Abu Bakar dan Sidina Umar. Manakala makam Sidana Osman di perkuburan Baqi manakala Saidina Ali  di Iraq.
Babus Salam. Pintu Malaikat Jibrail masuk menemuiRasulullah untuk menyampaikan wahyu.

Setelah itu kami dibawa melalui Babus Salam(pintu di mana Malaikat Jibrail masuk untuk bertemu Rasullullah untuk menyampaikan wahyu). Kemudian terus ke Raudhah(Taman Syurga-letaknya di antara rumah Rasullullah dan mimbarnya). Taman ini akan dipindahkan ke syurga apabila sudah kiamat nanti. Ramai orang berebut melalukan solat di sini. Setelah menyelit dand mencari ruang, Alhamdulillah akhirnya dapat juga ruang melakukan solat sunat. Alhamdulillah, kawasan ini dikawal pihak keselamatan, jika sudah siap solat, setiap orang akan diarahkan keluar supaya orang lain mendapat peluang bersolat di kawasan ini.
Mehrob Rasullullah di dalam Raudhah.

Masjidil Nabawi waktu subuh.
Mimbar Rasullullah di Raudhah

Setelah itu, saya dan ank bujang saya keluar dari masjid dan terpisah dari jemaah lain. Kami sesat mencari jalan ke pintu kami masuk pada awal tadi. setelah berpusing-pusing dan bertanya , Alhamdulillah akhirnya kami dapat jumpa pintu itu dan ambil kasut kami d an kemudian pulang ke hotel. Di hotel bertemu jamaah lain sambil menunggu anak perempuan dan isteri saya. Alhamdulillah. Bersambung....



Sewaktu sesat mencari pintu keluar.






  

No comments:

Post a Comment