Saturday, 21 October 2017

Catatan Ringkas Perjalanan Hajiku JH 1438H (Bahagian 3)

Dalam Musim Haji: APA YANG KITA PERLU TAHU?
------------------------------------------------------------

1. MADINAH BUMI BERKAH

            Bertemu kembali di Bahagian ke 3 catatan ringkas perjlanan haji ku ini.Di entri ini saya ingin berkongsi SEDIKIT pengalaman di bumi Madinah. Selain dari Mekah, Madinah merupakan tanah haram juga. Di Madinah dan Mekah orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk. Kami berada di bumi Madinah selama 8 hari.

Jemaah dari pelbagai negara berpusu-pusu di Masjidil Nabawi


Friday, 20 October 2017

Catatan Ringkas Perjalanan Hajiku JH 1438H (Bahagian 2)

Dalam Musim Haji: APA YANG KITA PERLU TAHU?
------------------------------------------------------------

Seperti dijanjikan, saya kan menyambung catatan ringkas perjalanan haji bermula dari lapor diri sehinggalah pulang ke tanah air.
Di Masjidilharam Ketika waktu puncak sebelum wukuf.  Lautan manusia 
membanjiri dataran kaabah untuk melakukan ibadah tawaf.



















1. LAPOR DIRI.

-Saya dan isteri sampai di Kompleks Tabung Haji kira-kira pukul 6.30 petang, 6/8/2017.
-Mengikut surat lapor diri, kami dikehendaki melapor diri pada pukul 7.30pm
-Mula saja saya turun kereta, kami unload bagasi dan letak  beg di satu sudut sementara Abamg Razak(Abang ipar) mencari parking.
-Kelihatan ramai jemaah beserta sanak-saudara mereka memenuhi setiap sudut khemah khas yang disediakan oleh Tabung Haji.

Catatan Ringkas Perjalanan Hajiku JH 1438H (Bahagian 1)

Dalam Musim Haji: APA YANG KITA PERLU TAHU?
-------------------------------------------
Setelah lebih sebulan pulang ke tanahair selepas mengerjakan ibadah haji di tanah suci Makkah; Saya terpanggil untuk bercerita apa pengalaman saya sepanjang perjalanan ibadah haji yang saya lalui pada musim haji 1438H lepas.


Saya akan tulis mengikut timeline, mengikut perjalanan.

1.  TAWARAN


- Saya dan isteri mendapat tawaran  untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 2017 ataupun 1438H pada pertengahan bulan November 2016.


- Kami diberi masa lebih kurang 2 minggu  menjawab samada menerima atau menolak tawaran  tersebut.

 -Sudah tentunya kami menerima tawaran tersebut setelah menunggu giliran lebih kurang 10 tahun (kami mendaftar untuk mengerjakan haji pada bulan Desember 2007)

Saturday, 10 June 2017

Aku Orang Yang Kompeten SHO (OYKSHO)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk entri kali ini aku nak bercerita sedikit tentang "career progression" aku yang terkini.  Aku adalah OYKSHO sekarang. Apa maksudnya OYKSHO tu ? OYKSHO adalah singkatan untuk Orang yang Kompeten(OYK) dan SHO pula adalah Safety and Health Officer atau dalam bahasa Melayunya Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Sunday, 4 June 2017

Ramadhan 1438H - Jangan jauhkan diri dari Quran

Assalammualaikum , salam sejahtera,

Dah hampir setahun tidak menulis diblog ni. Hari ni aku gagahkan jugak untuk menulis walau beberapa patah ayat. Aku dah beberapakali nak menulis di blog ni semenjak sehari sebelum ramadhan lagi. Tapi hari ni baru berkesempatan. Alhamdulillah. Diharap Ramadhan tahun ini lebih bermakna. Umur pon dah makin meningkat , sepatutnya amalan juga meningkat. Tahun ini aku berusaha menambah amalan yang sudah lama atau tidak pernah diamal dibulan Ramadhan. Terutamanya membaca Al Quran. Aku akui memang dah lama-lama sangat aku tak membaca Al-Quran secara khusus kecuali bacaan ayat lazim dalam solat.  Memang betullah apa yang aku dengar / baca sebelum ini " Semakin kita menjauhakan dari Al-Quran, Al-Quran juga makin melupakan kita".... kenapa aku berkata begini?... Jika dulu(+- 20tahun) aku boleh membaca Al-Quran dengan agak lancar , tetapi kini bila aku membacanya tiada lagi kelancaran, merangkak-rangkak seperti mengeja... Astaghfirullah... Ya Allah ampunilah dosaku...  Jom baca Al-Quran walau beberapa potong ayat... supaya Al-Quran tidak melupakan kita...