Friday 20 October 2017

Catatan Ringkas Perjalanan Hajiku JH 1438H (Bahagian 2)

Dalam Musim Haji: APA YANG KITA PERLU TAHU?
------------------------------------------------------------

Seperti dijanjikan, saya kan menyambung catatan ringkas perjalanan haji bermula dari lapor diri sehinggalah pulang ke tanah air.
Di Masjidilharam Ketika waktu puncak sebelum wukuf.  Lautan manusia 
membanjiri dataran kaabah untuk melakukan ibadah tawaf.



















1. LAPOR DIRI.

-Saya dan isteri sampai di Kompleks Tabung Haji kira-kira pukul 6.30 petang, 6/8/2017.
-Mengikut surat lapor diri, kami dikehendaki melapor diri pada pukul 7.30pm
-Mula saja saya turun kereta, kami unload bagasi dan letak  beg di satu sudut sementara Abamg Razak(Abang ipar) mencari parking.
-Kelihatan ramai jemaah beserta sanak-saudara mereka memenuhi setiap sudut khemah khas yang disediakan oleh Tabung Haji.

- Kami tiada pengiring kerana saya sudah jangkakan suasana sesak di kompleks tabung haji.
-Saudara-mara semua sudah bersalaman ketika kami hendak bertolak dari rumah tadi.
-Anak-anak pun sudah pulang ke asrama dengan menaiki tren ETS dan diuruskan oleh anak buah kami di Seri Iskandar(Terima Kasih Abd azim dan Madihah)

-Allah permudahkan, Alhamdulillah.

 -Saya dan isteri bergilir-gilir  ke kaunter pendaftaran. 
Sempat Menghantar Anak sulung 
Kami di Stesen ETS KL Sentral 
beberapa jam sebelum kami berangkat. 
Kedua-dua anak perempuan 
kami juga menaiki tren yang sama.
Name Tag Jemaah Haji


Melapor diri-City Check in
-Ada pakcik dan makcik menyapa kami    " Anak nak pergi Haji ke?", Kami menjawab "Ya". " Ouh beruntungnya, muda-muda lagi sudah pergi haji", balas mereka. Kami membiarkan sahaja perbualan itu kerana sibuk dengan urusan pendaftaran.-Di kaunter pendaftaran,  kami diberikan 2 pengenalan diri. Tag nama, dan rantai besi di tangan berukir nombor siri.

-Semasa pergerakan ke airport, beg akan jalan dulu, termasuk hand luggage. Dimana jemaah dibawa, di situ beg sedia menunggu. Semasa naik bas ke airport, hand luggage kami tersedia atas seat bas, mengikut tempat duduk atas bas. 

-Bas jemaah diiringi kereta dan motor polis sampai ke airport. Tak tunggu traffic light. Sampai saya terfikir, ini Jemaah Haji ke Jemaah Menteri.




2. PENERBANGAN.

-Penerbangan kami menggunakan penerbnagan Flynass, KT XY23B
-Flight charter Lion, cabin crew daripada Lion Indonesia, fasiliti sama macam normal International flight. Cuma flight agak kecil iaitu Boeing 737.
-Penerbangan lebih kurang 8 jam di flight size ini agak mencabar.
Pramugari Lion Air Indonesia.
-Disinilah kesabaran yang tinggi diperlukan.
-Penerbangan kami direct ke Madinah, tanpa melalui airport Jeddah. Walaupun lebih cepat namun agak memenatkan.
-Staf TH akan guide setiap jemaah kerana ramai kali pertama menaiki pesawat. 
-Staf TH di airport lebih ramai daripada staf Airlines sendiri. Mereka akan bantu setiap jemaah yang memerlukan.
-Seating dalam flight: Tak seperti perjalanan melalui travel agent, biasanya bermasalah dari segi tempat duduk suami isteri. TH susun suami dgn isteri dan pastikan tiada lelaki/perempuan bukan muhrim di sebelah setiap jemaah. Pergi dan balik sama. Saya tak sangka TH prihatin sampai ke tahap itu.
-Di Madinah airport, disini bermulalah cabaran kesabaran setiap jemaah. Kami samapi kira-kira pukul 2.30am waktu madinah.
-Kami dikumpulkan di satu balai ketibaan sebelum urusan imigresen.
Di dalam penerbangan
-Kira-kira sejam menunggu, kami dibawa ke kawasan kaunter imigresen melalui pemeriksaan buku kesihatan oleh doktor-doktor Arab Saudi, setiap kali doktor berpuas hati tentang buku kesihatan individu jemaah , dia akan mengucapkan "Haji Mabrur", disambut Aamiin oleh setiap jemaah.
-Setelah itu kami dibawa ke kawasan kaunter imigresen.
-Rata-rata kaunter masih belum dibuka.
-Jam menunjukkan 4.40am, masuklah waktu subuh. kami , jemaah Malaysia beserta jemaah negara lain menunaikan solat subuh berjemaah di kawasan lapang didepan kaunter imigresen.
- Setelah solat kami berbaris di kaunter imigresen
-Secara umumnya urusan selesai pada pukul 9.00am
-Alhamdulillah.

- Nasihat saya kepada semua bakal jemaah haji dimusim akan datang, supaya bersedia dari segi fizikal dan mental ketika berurusan di airport Madinah mahupun Jeddah.

- Kemudian kami hanya bawa bagasi sendiri untuk pemeriksaan kastam. Selepas itu serah balik kpd TH untuk diuruskan. Jemaah hanya berjalan membawa hand luggage.
-Jemaah diiriingi staf TH hingga ke dalam bas.

3. PERJALANAN KE HOTEL.

-Di setiap checkpoint kerajaan Saudi, akan ada staf TH akan tunggu untuk bantu jika ada masalah dgn pihak berkuasa tempatan.
-Begitu juga di hentian R&R, ada staf TH yang akan memeriksa setiap bas memastikan semua bas selamat sampai ke R&R. Sebelum berlepas, mereka akan mengira jemaah dalam bas.
-Staf TH ada di mana-mana. 

4. CHECK IN HOTEL.

-Jemaah telah diberitahu Nama Hotel, No. Bilik dan Aras semasa di Malaysia lagi. Satu pelekat berisi maklumat bilik ditampal pada lencana nama yg dipakai setiap jemaah.
-Sampai di hotel, terus naik ke bilik. Kunci bilik tersedia di atas meja setiap bilik.
Menjamu selera di kedai nasi Bukhara bersama 
Rakan-rakan sebilik dengan pasangan masing-masing 
-Beg bagasi tak perlu diangkat, ianya sedia berada di depan lif di aras bilik setiap jemaah apabila kami sampai.
-Hotel yang diberi atas nasib. Kami dapat Hotel Al Haram di Madinah, dalam 30m  dari pintu 26 Masjid Nabawi. 
-Kami ditempatkan 5 orang sebilik
- Lelaki dan perempuan diasingkan.
-Cuma bilik-bilik di aras yang sama dan bersebelahan
-Rakan sebilik semua bertenaga dan ceria
-Walau baru berkenalan tapi kami surdah serasi
-Di hotel ramai jemaah sibuk membeli simkad Arab saudi untuk menghubungi keluarga dan juga beronline...

5. MAKANAN

-Makanan diberikan dalam pek 2 kali sehari. Lunch dan dinner. 
-Jemaah takkan berlapar. Hanya cari breakfast sendiri. Jarang-jarang boleh juga makan di luar.
-Makanan di sini agak mahal. Sarapan pagi untuk dua orang mencecah SR30.
-Al maklumlah musim haji, pekedai mungkin mengambil kesempatan dan nilai ringgit kita pun rendah berbanding Saudi Riyal.


Nampaknya, saya tak sempat nak menghabiskan coretan ini. Baru sampai di Madinah, belum masuk lagi aktiviti-aktiviti di Madinah. Okay, berhenti setakat ini dulu. Saya kan sambung di Bahagian 3 pula selepas ni. Sehingga Jumpa lagi.





No comments:

Post a Comment