Saturday 10 June 2017

Aku Orang Yang Kompeten SHO (OYKSHO)

Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk entri kali ini aku nak bercerita sedikit tentang "career progression" aku yang terkini.  Aku adalah OYKSHO sekarang. Apa maksudnya OYKSHO tu ? OYKSHO adalah singkatan untuk Orang yang Kompeten(OYK) dan SHO pula adalah Safety and Health Officer atau dalam bahasa Melayunya Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.


Untuk kompetensi ini tempoh sahlakunya sehingga 3 tahun dan perlu di perbaharui setelah tamat tempoh. Bukan senang hendak mendapatkan Kompetensi ni, ia memerlukan proses yang panjang, bermula dari menghadiri kursus selama 22hari, kemudian meduduki peperiksaan (Kertas 1, 2, 3 dan 4), setelah lulus periksa perlu mendaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan(JKKP atau DOSH). Semasa pendaftaran dengan DOSH perlu menunjukkan pelbagai dokumen bukti yang kita terlibat dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan sekurang-kurangnya 3 tahun. Jika tidak lengkap, maka permohonan akan dibatalkan. 

InsyaAllah di entri yang akan datang, aku akan menceritakan secara terperinci cara-cara untuk mendapatkan OYKSHO ini.

Alhamdulillah, kini aku telah bergelar SHO.  

Sehingga Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment