Saturday 21 October 2017

Catatan Ringkas Perjalanan Hajiku JH 1438H (Bahagian 3)

Dalam Musim Haji: APA YANG KITA PERLU TAHU?
------------------------------------------------------------

1. MADINAH BUMI BERKAH

            Bertemu kembali di Bahagian ke 3 catatan ringkas perjlanan haji ku ini.Di entri ini saya ingin berkongsi SEDIKIT pengalaman di bumi Madinah. Selain dari Mekah, Madinah merupakan tanah haram juga. Di Madinah dan Mekah orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk. Kami berada di bumi Madinah selama 8 hari.

Jemaah dari pelbagai negara berpusu-pusu di Masjidil Nabawi



        Jika kita perhatikan Rukun dan Wajib haji, tiada pun disebut tentang ziarah Madinah. Tetapi banyak kelebihan bumi Madinah ini. Di bumi Madinah inilah jasad Rasulullah disemadikan. Bumi yang aman. Menunaikan solat di Masjidil Nabawi digandakan pahala sebanyak 1000 kali.


2. KELEBIHAN MEMBERI SALAM

      Jemaah haji dari seluruh pelosok dunia datang ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. Perkara utama yang mesti dilakukan apabila sampai di bumi Madinah atau khususnya Masjidil Nabawi ialah memberi SALAM kepada Rasulullah s.a.w. Datang beribu batu, PERJALANAN berjam-jam semata-mata ingin memberi SALAM kepada Rasulullah s.a.w. Inilah dia tanda kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. Disamping kita diajar akan kepentingan memberi SALAM kepada saudara sesama Islam tanpa mengira warna kulit. Jom kita amalkan memberi salam kepada sesama saudara se Islam.


3. ZIARAH MASJIDIL NABAWI

        Azan yang Merdu di Masjidil Nabawi

-Di Masjidil Nabawi, terdapat  banyak tempat ziarah yang boleh dilakukan.
-Ziarah atau  yang paling utama ialah:
Jemaah menanti giliran masuk ke Raudhah dengan sabar. 
Askar sentiasa mengawal untuk memastikan segalanya
 berjalan lancar.

  1. Ziarah Makam Rasulullah s.a.w dan memberi salam kepada baginda. Ketika berdoa, jangan menghadap ke kubur/makam, tetapi menghadaplah ke kiblat. Diikuti ziarah makam Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.               
  2. Sembahyang dan berdoa di Raudhah (Taman syurga). Ia terletak di dalam Masjidil Nabawi, di antara rumah Aisyah r.a/Rasulullah s.a.w ke Mimbar Baginda. Kawasan Raudhah di bentangkan karpet bewarna hijau, bagi membezakan kawasan Raudhah dan kawasan selainnya(dibentangkan karpet bewarna merah). Pada musim haji, terlalu ramai jemaah ziarah ke sini. Setiap jemaah perlu menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah, masa menunggu mencapai 3 ke 4 jam sebelum dapat memasuki Raudhah. Jemaah dinasihatkan bersabar kerana berbagai karenah manusia di sini. Kita cuma ingin melakukan perkara sunat dan inginkan pahala serta keredhaan Allah s.w.t , janganlah sampai kita menyakiti saudara kita yang lain ataupun memudaratkan diri sendiri.Apabila sudah berjaya memasuki Raudhah gunakanlah peluang ini sebaiknya dengan solat dan berdoa. Tetapi kita harus ingat ramai lagi saudara kita yang masih menunggu giliran di belakang kita. elakkan dari sikap mementingkan diri sendiri. Setelah selesai solat dan berdoa, keluarlah dengan segera dari kawasan Raudhah supaya orang lain juga dapat melakukan ibadat seperti kita.                                                                                              
  3. Beriktikaf dan solat berjamaah di Masjidil Nabawi (digandakan pahala 1000 kali)                                         
    Menunggu Waktu Solat Masuk. Bersama Haji Muhamad
                                           
  4. Ziarah perkuburan Baqi. Sesiapa yang meninggal di Madinah akan dikebumikan di perkuburan Baqi. Sesiapa yang dikebumikan di perkuburan ini kan mula-mula dibangkitkan di hari hisab(untuk maklumat lanjut sila rujuk buku-buku atau kitab yang berkaitan-pengetahuan saya tentang ini agak cetek).     
    Perkuburan Baqi tanpa sebarang tanda nama

    Hanya Jemaah Lelaki dibenarkan
    masuk ke kawasan perkuburan Baqi 
                                                                                                                                                                                   
  5. Dan banyak lagi amalan sunat dan wajib (Rujuk Diari Musafir Madinah di Bawah)



Diari Musafir Madinah Part 1
Diari Musafir Madinah Part 2




4. WARNA WARNI BUMI MADINAH(Cerita Bergambar)

Kat Belakang tu Payung automatik di Masjidil Nabawi. Kami terpaksa pakai
 cermin mata hitam sebab cuaca terlalu panas. Mencapai sehingga 48 deg C.


Terserempak dengan orang sekampung waktu nak beli sarapan.
Membeli Sarapan di Kedai Makan Sekitar Madinah
Polis Sentiasa bersedia menjaga keselamatan.
Ini Minuman Laban. Susu masam. 
Khasiatnya mengembalikan
 tenaga setelah penat seharian.
Warning Sign menuju Toilet. Dalam Maknanya.
Produk Malaysia. Minyak kelapa.
























Mengepos Barang Ke Malaysia.Dalam diam
tak diam banyak juga barang yang kami beli.
 Memandangkan bag tidak muat maka
kami pon ambil keputusan  untuk mengeposnya.









5. PELBAGAI BANGSA DAN BUDAYA - KITA SEMUA BERSAUDARA

          Ketika di dalam Masjidil Nabawi, saya tertarik untuk merakamkan gambar-gambar saudara se Islam kita yang berlainan budaya terutamanya dari segi pakaian. Saya sempat merakamkan gambar-gambar saudara kita yang berpakaian agak berlainan. Inilah indahnya Islam. 

Jemaah Negara China. Jumlah mereka semakin bertambah setiap tahun.
Walaupun dihalang oleh kerajaan Komunis China.
Tidak Pasti dari negara mana.

Jemaah dari Uzbekistan
Mungkin dari Amerika Selatan
Pebagai negara Termasuk Indonesia


Malaysia hehe

6. ZIARAH LUAR

        Ziarah luar adalah ziarah sekitar Madinah selain dari Masjidil Nabawi. Di antaranya, ziarah ke Masjid Quba(masjid pertama dibangunkan oleh Rasulullah ketika sampai ke Madinah pada peristiwa hijrah). 
Sewa Van bersama jemaah menuju Masjid Quba
Naik Uber.
 Kat Madinah pun ada Uber. 
Dalam Masjid Quba. Solat 2 rakaat
di masjid Quba bersamaan pahala 1 umrah. 
Bersama Hj Bok dari Jengka menuju Masjid Quba


     Ziarah Bukit Uhud  juga termasuk dalam program ziarah luar. Seperti yang kita maklum, gunung atau bukit Uhud ini merupakan medan di mana Rasulullah s.a.w memimpin peperangan Uhud menentang kafir Quraisy. Ramai sahabat Rasulullah s.a.w gugur syahid ketika peperangan tersebut. Kawasan perkuburan para syahid juga terdapat di sini dan dipagar rapi. Selain daripada itu, di kawasan Uhud ini juga terdapat gerai-gerai penjaja menjual pelbagai barangan termasuklah kurma. Ramai yang tidak tahu bahawa kurma AJWA boleh didapati dengan harga semurah SR25 sekilo disini. Harga yang mustahil di tempat-tempat lain. 

Ramai Jemaah mendaki Bukit Uhud.

Khemah-khemah Putih tu merupakan
gerai-gerai penjaja di sekitar bukit Uhud.
Masjid di belakang tu merupakan masjid Uhud.


       Lawatan ke pasar kurma dan membeli kurma juga termasuk dalam ziarah luar. 
Haj Muhamad di depan pasar kurma.
Tengah nanti Uber  nak balik hotel,

7. Sejadah Raudhah
       
  Di Madinah; antara barangan  popular yg di beli oleh kebanyakkan jemaah haji Malaysia ialah sejadah Raudhah.Di jual dalam satu set warna hijau dan merah.Hijau muda ialah carpet di raudhah dan warna merah ialah carpet masjid nabi. Harga satu set antara SR190 to SR240. Saya rasa kebanyakkan JH Malaysia membelinya.Cantik cara packnye.
Warna Hijau
Warna merah. 

8. Bergerak ke Mekah
Sedih meninggalkan Rasulullah s.a.w
InsyaAllah berjumpa lagi di masa akan
datang.
     Setelah 8 hari di Madinah, kini tibalah masanya untuk kami bergerak ke Mekah untuk menunaikan perjalanan fardhu haji. Sebelum meninggalkan bumi Madinah, kami membuat ziarah wada' ke makam Rasulullah s.a.w. saya berdoa supaya dapat datang menziarahi Rasulullah s.a.w berkali-kali lagi di masa akan datang.
     

Kami berihram dan menaiki bas menuju ke Miqat Bir Ali untuk berniat ihram umrah. Kami melakukan Haji Tamatu', jadi perlu menunaikan umrah sebelum melakukan perjalanan haji. Setelah itu kami meneruskan perjalanan menggunakan bas menuju ke Mekah. Sepanjang perjalanan kami bertalbiah. Perjalanan ke Mekah mengambil masa 4 ke 6 jam mengikut keadaan trafik.





Suasana sepanjang jalan dari Madinah ke Mekah.

        

Sepanjang perjalanan di lebuhraya dari Madinah ke Mekah, cuma nampak padang pasir dan bukit-bukau sahaja. Jarang-jarang nampak penempatan. 

Sepanjang Perjalanan Madinah ke Mekah,
Kami bertalbiah, berzikir dan membaca Quran






Sebelum sampai ke Mekah kami singgah di RnR untuk solat dan makan tengahari. Suasana panas terik di RnR membuatkan kami menghabiskan masa di dalam bas sahaja.






Ok. Setakat ini dahulu. Saya akan sambung lagi coretan "sampai ke Bumi Mekah" di Bahagian 4. Serhingga Jumpa lagi.




 





No comments:

Post a Comment