Thursday 9 August 2018

Catatan Ringkas Hajiku- Bahagian 6

 Alhamdulillah, berjumpa lagi di entri kali ini. saya akan menceritakan berdasarkan checklist perjalanan haji Tamatuk yang saya lalui pada musim haji 1438H yang lalu.

Perjalanan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ya Allah , kau kurniakanlah aku haji yang mabrur. Aamiin.



Setelah selesai wuquf , perjalanan diteruskan dengan bermalam di Mudzalifah berbumbungkan langit yang luas. Kemudian  perjalanan diteruskan ke Mina  pada 10  Zulhijjah , dan menerusakan aktiviti haji pada 11 , 12 dan 13 Zulhijjah. Alhamdulillah dengan rahmat Allah segalanya ditempuhi dengan lancar,   pada 13 Zulhijjah setelah selesai melontar ke tiga-tiga jamrah,  kami bergerak pula ke Mekah untuk melakukan tawaf haji dan saie haji dan seterusnya tahlul thani, maka alhamdulillah selesailah kerja haji pada 5/9/2017 . Ya Allah kau kurniakanlahku Haji yang mabrur. Aamiin.

Berikut adalah info grafik lengkap perjalanan Haji Tamatuk. Kredit kepada utusan media di atas info grafik ini. Semoga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment