Tuesday 3 July 2018

Catatan Ringkas Hajiku - Bahagian 5

Bertemu kembali di Bahagian 5 catatan ringkas hajiku. Ini kesinambungan dari bahagian 4.
Alhamdulillah walaupun sudah hampir setahun berlalu , tetapi masih lagi terngiang-ngiang akan suasana di Tanah Suci. 

Sementara menunggu hari Tarwiyah 8 Zulhijjah 1438H kami mengambil peluang memperbanyakkan amalan terutama solat berjemaah di Masjidilharam, Tawaf Sunat, umrah sunat, membaca quran berzikir dan sebagainya. Terdapat banyak kelebihan/rahmat dari Allah jika mengerjakan ibadah di Masjidilharam/kaabah, seperti diterangkan dalam hadis di bawah:



 Maka tibalah tanggal 8 Zulhijjah 1438H, kami para jemaah pun bergerak menuju ke Arafah untuk persediaan wukuf di keesokkan harinya(9 Zulhijjah 1438H). Kami mengenakan ihram dan berniat haji kerana kami mengerjakan haji tamattuk, Maka bermulah larangan ihram. Perjalanan ke bumi Arafah mengambil masa lebih kurang sejam tetapi bergantung juga dengan keadaan Trafik.  

Sampai di Arafah kami masuk ke khemah masing-masing, dalam satu khemah saya agak-agak ada seratus lebih jemaah di dalamnya. Maka bermulalah mengerjakan amal ibadah di Arafah. Pelbagai cabaran terdapat di sini , keadaan khemah yang kurang selesa, cuaca panas, bilik air yang terhad dan pelbagai lagi.

Pada 9 Zulhijjah masuknya waktu Zohor bermulah hari wukuf. Maka para jemaah berebut-rebut menfaaatkan waktu yang terhad ini dengan berdoa dan memperbanyakkan amalan sunat. Begitu besar cabaran di sini. Syukur kehadrat illahi memilihku untuk berpeluang mengerjakan ibadah di sini walaupun keadaan kesihatan yang kurang ketika itu. Alhamdulillah. Ya Allah ya Tuhanku terimalah ibadah yang telah ku lakukan di sini, kau makbulkanlah segala doaku. Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Inilah Senarai Semak Manasik Haji pada  8 dan 9 Zulhijjah 1438H. Alhamdulillah 
dengan rahmat Allah aku berjaya menunaikan Amalan Sunat ,Rukun dan Wajib haji.
Ya Allah Kau Terimalah amalanku ini Aamiin.


Selepas waktu Asar menghampiri Maghrib, para jemaah mula bergerak ke Mudzalifah untuk mabit di san. Kami bergerak menggunakan bas yang disediakan pihak Tabung Haji.

Sehingga berjumpa di bahagian 6 untuk amalan di 10,11m12 & 13 Zulhijjah 1438H.




No comments:

Post a Comment