persepsi bahawa dia ada potensi untuk mendapat keputusan cemerlang atau lebih tepat lagi 5A dalam UPSR. Bermula dari keputusan itu, gambar dia terpampang bersama-sama rakan-rakan yang lain sebagai murid-murid yang disasarkan mendapat 5A dalam UPSR. Aku dan isteri tak berhenti-henti memberi galakkan dan persediaan untuk dia mendapat keputusan cemerlang. Alhamdulillah, akhirnya beliau mendapat 5A seperti disasarkan. Terima kasih kepada para pendididik yang bertungkus-lumus memastikan anakku ini mendapat keputusan cemerlang. Walupun beliau tidak dipilih untuk meneruskan pengajian di Sekolah Berasrama Penuh, namun beliau sekarang meneruskan pengajian sekolah menengah di SMKA Maahad Hamidiah yang merupakan sekolah kluster. Dia juga mendapat tawaran belajar di MRSM Parit tetapi kami sepakat menolak kerana tawaran itu datang pada bulan Jun iaitu dah setengah tahun belajar. Tak apalah, sekarang kami pun berpuashati dengan prestasi beliau. Yang penting beliau mendapat pendidikan sekolah bersarama yang bermodul. Syukur Alhamdulillah.
Seawal minggu kedua persekolahan program peningkatan UPSR akan dimulakan. Esok(7/1/13), program akhbar didik akan diadakan dan pada sabtu nanti(12/1/13) akan dimulakan kelas tambahan bagi murid-murid tahun 6. Ini adalah cabaran besar bagi kami sebagai ibu bapa. Ini kerana menurut motivator yang turut memberi ceramah pada hari tu:
Pecahan menguasai ilmu:
1) 20% - Beri tumpuan di dalam kelas(wajib)
2) 80% - Daya usaha dan dorongan keluarga
@ 30% -ulangkaji(perlu kawal internet, TV, games dsb)
@ 50%-Latihan sebanyak yang boleh.......soalan tahun lepas, kerja rumah dsb
No comments:
Post a Comment