Tuesday 8 January 2013

2013...

Diam tak diam dah 8 hari tahun 2013 berlalu...terlalu cepat rasanya...
Ramai orang sibuk memperbaharui azam masing-masing...
Tetapi aku macam biasa tak ada azam yang spesifik...
Kalau nak katakan pasal azam...aku berazam untuk memperbaiki doa selepas solat...
Kalau dulu aku ambil remeh pasal doa lepas solat...
Bak kata Dr.HM Tuah,"Orang kita(sebut Melayu)  terkenal dengan sifat pemalas, mana tidaknya nak berdoa pun malas"...
Cukup terasa dengan kata-kata HM Tuah ni sebab kena kat batang hidung sendiri...
Kali ini setiap kali lepas solat aku berusaha memperbaiki doaku menurut susunan/turutan berikut:
1) Memuji Allah s.w.t
2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
3) Mohon keampunan dosa besar, dosa kecil, dosa sengaja dan dosa tak disengaja untuk diri, ibubapa, anak isteri, adik beradik dan seluruh umat Rasullullah s.a.w
4) Mohon keselamatan saudara kita di Palestin dan Syiria
5) Mohon berkat dan murah rezeki serta mohon dilindungi dari orang yang ingin menzalimi diri kita
6) Mohon dikurnia nikmat kesihatan
7)Mohon dikurnia anak yang soleh dan solehah serta diterangkan hati mereka
8)Mohon dikurniakan perhubungan Sakinah, Mawaddah wa Rahmah suami isteri
7)Mohon dicucuri Rahmat kepada Roh Ibu, abang, kakak dan adik beradik yang lain
8)Mohon dimakbulkan yang baik tersedik dalam hati. dan dijauhkan dari yang buruk dalam hati.
9)Mohon dimasuk kedalam syurga
10)Mohon mati dalam kalimah Laillahaillallah Muhammaddar Rasulullah.
11) Doa penutup.
*3 hingga 10 semua dalam Bahasa Melayu, Bahasa Arab tak pandai...

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن Semoga aku beristiqamah...

No comments:

Post a Comment