Saturday 12 January 2013

Peranan Ketua Menjana Transformasi...

Sekarang ini kita sering mendengar laungkan transformasi  tak kira di sektor mana pun, samada sektor kerajaan ataupun swasta. Tranformasi memerlukan penglibatan semua pihak tanpa mengira di mana anda berada di dalam sesuatu organisasi. 
Sudah tentunya penjana utama transformasi adalah ketua. Mengambil kata mantan presiden MCA, Tun Ling Leong Sik ,"Ketua ibarat kepala ikan, jika busuk kepala ikan itu  maka busuklah seluruh badannya, begitulah sebaliknya".
 Persoalannya bagaimana peranan ketua bagi menjana transformasi?
Pakar Motivasi Dr.HM Tuah menggariskan 3 panduan untuk ketua bagi menjana transformasi:
1) Ketua hendaklah menghargai subordinatnya. Subordinat adalah aset, tanpa subordinat sebuah organisasi tidak akan terbentuk.
2) Ketua hendaklah memberi harapan kepada subordinat. Walau sedikit perubahan dilakukan subordinat, kesannya hendaklah dihubungkan dengan harapan serta galakkan.
3) Ketua hendaklah memotivasikan  subordinat. Kita sedia maklum kadang-kadang subordinat lebih mengetahui tugas dan langkah kerjanya berbanding ketua kerana mereka telah lama berkecimpung dalam bidang mereka. Tetapi tugas ketua adalah memperkenalkan teknik-teknik terbaharu kepada mereka supaya meningkatkan motivasi dan efisiensi kerja mereka.

No comments:

Post a Comment