Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidur Rasul

Alhamdulillah, setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul...dari zaman kanak-kanak sehinggalah sekarang ni di alam 40an...namun yang membezakan zaman-zaman tersebut adalah penghayatan...


Saturday, 12 January 2013

Peranan Ketua Menjana Transformasi...

Sekarang ini kita sering mendengar laungkan transformasi  tak kira di sektor mana pun, samada sektor kerajaan ataupun swasta. Tranformasi memerlukan penglibatan semua pihak tanpa mengira di mana anda berada di dalam sesuatu organisasi. 
Sudah tentunya penjana utama transformasi adalah ketua. Mengambil kata mantan presiden MCA, Tun Ling Leong Sik ,"Ketua ibarat kepala ikan, jika busuk kepala ikan itu  maka busuklah seluruh badannya, begitulah sebaliknya".
 Persoalannya bagaimana peranan ketua bagi menjana transformasi?
Pakar Motivasi Dr.HM Tuah menggariskan 3 panduan untuk ketua bagi menjana transformasi:

Tuesday, 8 January 2013

2013...

Diam tak diam dah 8 hari tahun 2013 berlalu...terlalu cepat rasanya...
Ramai orang sibuk memperbaharui azam masing-masing...
Tetapi aku macam biasa tak ada azam yang spesifik...
Kalau nak katakan pasal azam...aku berazam untuk memperbaiki doa selepas solat...
Kalau dulu aku ambil remeh pasal doa lepas solat...
Bak kata Dr.HM Tuah,"Orang kita(sebut Melayu)  terkenal dengan sifat pemalas, mana tidaknya nak berdoa pun malas"...

Sunday, 6 January 2013

Tahun ini seorang lagi anakkku akan menduduki UPSR

Debaran 2 tahun lepas muncul semula. 2 tahun lepas, anak bujang sulungku menduduki peperiksaan UPSR. Pada mulanya aku tidak meletakkan sasaran yang tinggi untuk dia. Ini kerana sepanjang persekolahannya, pencapaiannnya adalah sederhana. Jadi bila orang bercerita tentang pencapaian anak-anak mereka, aku cuma mengiakan sahaja. Tetapi segalanya berubah apabila aku melihat keputusan peperiksaan penggal pertama darjah 6 dia. Dia dapat 4A 1B! Ya! ini membuatkan aku merubah

Saturday, 5 January 2013

...lama tak menulis...

lama dah tak menulis di blog ni...
nak cerita sikit pasal persekolahan anak-anak...
musim persekolahan 2013 dah bermula semenjak 3 hari yang lepas...
bagi bakal ibu bapa yang akan menyekolahkan anak -anda di masa hadapan, saya ingin memberi sedikit tips untuk perbelanjaan persekolahan anak-anak.