Saturday 30 June 2012

Basikal ada loceng dan bakul....

suaraktr.blogspot.com
Basikal Baru Nana...ada loceng dan bakul...
"Kalau Nana dapat nombor 1, Nana nak basikal baru yang ada loceng dan bakul..ye abah, mama"...celoteh Nana  anak bongsuku dengan penuh harapan. Sekarang ni sistem sekolah telah ditukar kepada sistem "band" yang aku sendiri tak faham. Yang aku faham cuma penilaian prestasi anak-anak akan dinilai terus oleh guru masing-masing...pada 6 Julai nanti akan ada hari terbuka di sekolah Nana...moga-moga dapat maklumat yang lebih lanjut mengenai sistem baru ni...


Kalau dah tak ada sistem nombor, macamana nak tahu dapat nombor berapa? Adakah Nana tidak dapat basikal yang dihajatinya? .....hmmm...Nana tetap mempunyai peluang mendapat basikal jika  dia dapat nombor 1 di KAFA.  KAFA masih mengunakan sistem nombor untuk prestasi ujian murid-murid....
Ya, memang bertuah si Nana ni; keputusan peperiksaan pertengahan tahun menunjukkan dia mendapat nombor 1 di KAFA dan sampailah hajatnya untuk memiliki basikal baru berloceng dan raga....budak-budak sekarang memang bertuah, tidak seperti zaman aku dahulu...semoga Nana lebih cemerlang di dunia dan akhirat...amin...

Wednesday 20 June 2012

Biz Trip Ke China...11/6/2012~15/6/2012

1. Aku berpeluang ke Negara China pada 11/6~15/6/2012 baru-baru ini.

2. Tidak seperti orang lain, kalau ke negara China tujuan mereka adalah makan angin. Tetapi aku pergi di atas urusan kerja.

3. Kalau sebut kerja, maka aktiviti di sana semuanya berkaitan kerja. Memang letih. Nak buat report bagai...ho! nak beli souvinier untuk anak-anak pun tak sempat...
 

Umurku dah 40 tahun...19/6/2012...

Surat Beranak Yang Disimpan Selama 40 Tahun...
1. Tepat pukul 9.30 malam tadi genaplah 40 tahun umurku.

2. Aku berasal dari kampung, keluarga miskin, jadi kami tidak pernah mengetahui akan  erti sambutan harijadi.

Sunday 10 June 2012

Realiti Rakyat Malaysia

1. Rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam keadaan aman damai tanpa mengira bangsa dan agama. 


2. Orang India  dan Cina tidak kekok menghadiri majlis-majlis perkahwinan orang Melayu. Begitu juga sebaliknya.


3. Alam persekolahan, alam pekerjaan serta alam kejiranan memainkan peranan penting untuk menyemai nilai murni perhubungan antara kaum ini.

Saturday 9 June 2012

Masa Makin Pantas Berlalu

Diam tak diam , tahun 2012 dah mencecah setengah tahun...
Bulan Ramadhan makin dekat, lagi sebulan je...
Cuti sekolah pun rasanya baru lagi bermula...tapi lagi dua hari anak-anak akan memulakan persekolahan...

Wednesday 6 June 2012

Kelantan Trip 31/5/12~3/6/12

Tiket Keretapi Ekspress Wau a.k.a KTM Intercity Eastern Region.
Sempena cuti sekolah sekarang ni, kami sekeluarga telah memilih Kelantan sebagai destinasi percutian kami. Istimewanya, kami memilih keretapi sebagai kenderaan untuk ke destinasi kami. Tempahan tiket telah dibuat sebulan yang lepas.                                                                                                                                                                              Yang mengejutkan tiket hampir habis dijual. Jika lewat sedikit kemungkinan akan kempunan nak naik keretapi. Tiket yang laris mungkin disebabkan cuti sekolah. Sebenarnya, nak tempah tiket di gerabak berkatil untuk semua.Tapi malangnya cuma ada dua katil yang kosong untuk perjalanan menuju ke Kelantan. Jadi selebihnya duduk di gerabak berkerusi sahajalah. Untuk perjalanan balik, tiada kekosongan untuk gerabak berkatil. Jadi semua kena duduk di gerabak berkerusi sahajalah.

Tuesday 5 June 2012

Projek Kambing KTR Part III

Balik kampung tempohari, sempat juga melihat perkembangan pembinaan kandang di ladang kami. Alhamdulillah hampir 95% siap. Cuma sekarang tengah memikirkan modal untuk kambing pula. Maklumlah, projek dana sendiri.

Tangga dah siap dengan atapnya.