Saturday 22 June 2013

DUIT @ Lantun @ Segerap....

LANTUN
Tahukah anda apa yang anda lihat dalam gambar ni? Mungkin ramai yang tak tahu; lebih-lebih lagi yang lahir di bandar, anak-anak cikgu, anak-anak polis,anak tokey atau anak-anak pegawai kerajaan...
Orang kampung aku panggil; Duit @ Lantun @ Segerap.
Kenapa duit? Kerana inilah sumber duit pagi orang kampung aku.
Sebenarnya, ia adalah getah segerap/sekerap iaitu hasil dari penorehan pokok getah. Untuk menghasilkan getah segerap, para penoreh perlu keluar menoreh getah seawal 5 pagi, kadang-kadang 3 pagi pun ada. Untuk menoreh getah seluas 3 ekar memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam(anggaran). Selepas menoreh perlu meletakkan ubat getah(cuka getah) supaya getah cepat beku(sejam lagi diperlukan). Pada keesokkan harinya, bolehlah mengupik(mengutip) getah yang sudah beku yang dipanggil segerap/lantun. Dan dikumpul
kedalam bekas seperti dalam gambar atau letak dalam guni sebelum dijual.  Sekarang ni,harga sekilo lantun = RM3.xx. Pernah mencecah RM6~7/kg dua tiga tahun lepas.  Kalau 3 ekar agak-agak ada dalam 50kg ke 80kg. Hmm boleh bayangkan income mereka dalam dua/tiga hari....Itu sekarang,...dulu kira-kira 15~20tahun lepas, waktu tu aku selalu menolong abah menoreh, letak ubat getah serta mengupik. nak tahu berapa harga sekilo? Cuma 70sen! nak tau!....kalau dapat RM1 sekilo orang kampung memang bersyukur sangat. Memang susah waktu tu. Ya, seperti kata pepatah "Kais pagi, makan pagi. Kais petang, makan petang". Anak-nak sekarang lahir-lahir je, mak-bapak dah mula menyediakan buku simpanan dan macam-macam kesengangan. Sehingga, ramai yang lupa....hmmm, apa kau membebel ni? hehehe...  
Susu gotah, sebelum jadi lantun
 Harga getah mulai meningkat secara mendadak ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri...orang kampung cukup bersyukur dengan kenaikkan harga  ni. Di dalam kesibukkan pegawai-pegawai kerajaan minta kenaikkan gaji...Alhamdulillah, titik peluh orang kampung tidak dilupakan pihak kerajaan. 
Penoreh getah akan putus pendapatan apabila hujan. Kenapa? Bila hujan, pokok getah akan basah, jadi tidak boleh menoreh kerana tiada susu getah dihasil bila pokok basah. Teringat waktu kecik dulu, bila musim hujan, kami sekeluarga cuma makan nasi berlaukkan landak, kijang tak pun sambal hampas kelapa. Nampak macam mewahkan, kijang adalah gelaran bagi pisang dan  landak pula dalah nangka. Tapi anak-nak sekarang makan pun memilih. Kalau kita ceritakan kisah-kisah ni, diaorang cakap," Alah bah, itu dulu,, sekarang lain"....hmmm redha jalahkan....Kalau nak cerita pasal lantun ni tak cukup satu dua muka surat...setakat ni dulu...dah ngantuk ni...  

No comments:

Post a Comment