Sunday 9 June 2013

Al Fatihah untuk Arwah Abang dan Kakak

Dah lama tak menulis di blog ni.
Hari ni terpanggil untuk mengemaskini blog ni setelah hampir sebulan tanpa sebarang update.
Mungkin ramai tertanya tentang tajuk entri kali ni.
Ya, hari ini genaplah seminggu arwah abangku(Allahyarham Rahmat bin Johan) meninggal dunia di usia 51tahun. Sebab kematian : serangan jantung. Sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau telah koma di wad ICU hospital Kuala Pilah selama seminggu. Aku dan ahli keluarga yang lain berdoa dan berharap agar beliau sembuh seperti sedia kala tetapi Allah lebih menyayanginya. Yang lebih menyedihkan arwah tidak mempunyai isteri ataupun anak kerana beliau tidak berkahwin ketika hayatnya. Jadi tiadalah waris yang menemannya ketika di wad ICU ketika beliau koma. Kami adik-beradik hanya mampu melawat ketika waktu lawatan hospital. Sedih rasanya nak meneruskan penulisan ni....

Dua tahun yang lepas, di bulan yang sama, tarikh saja yang lain(5/6/2011), arwah kakakku(Allayarhamah Ramnah bte Johan) juga meninggal dunia di wad ICU di Hospital Seremban.Ketika itu umurnya pun lebih kurang 51tahun. Sebab kematian : Kegagalan buah pinggang. Tetati arwah beruntung kerana mempunyai suami dan anak yang senantiasa mendampingi beliau ketika sakit.

Beberapa tahun sebelum itu arwah abangku yang sulung(badul bin Abd Rahman) juga meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung di usia lebih kurang 51tahun juga. Adakah semuanya hanya kebetulan...hanya Allah yang mengetahuinya.


Ajal maut di tangan tuhan. Kita mampu merancang tapi tuhan menentukan. Penyakit tak berjangkit berkait rapat dengan genetik. 

Al fatihah untuk arwah ibu, abang2 dan  kakak, semoga rohnya dicucuri rahmat...aamiin...

2 comments:

  1. Semalam, buat kenduri kat kampung sempena memulangkan kain mandi jenazah arwah abangku Rahmat. Buat tahlil dan doa selamat....Alfatihah untuk arwah...

    ReplyDelete