Saturday 22 June 2013

DUIT @ Lantun @ Segerap....

LANTUN
Tahukah anda apa yang anda lihat dalam gambar ni? Mungkin ramai yang tak tahu; lebih-lebih lagi yang lahir di bandar, anak-anak cikgu, anak-anak polis,anak tokey atau anak-anak pegawai kerajaan...
Orang kampung aku panggil; Duit @ Lantun @ Segerap.
Kenapa duit? Kerana inilah sumber duit pagi orang kampung aku.
Sebenarnya, ia adalah getah segerap/sekerap iaitu hasil dari penorehan pokok getah. Untuk menghasilkan getah segerap, para penoreh perlu keluar menoreh getah seawal 5 pagi, kadang-kadang 3 pagi pun ada. Untuk menoreh getah seluas 3 ekar memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam(anggaran). Selepas menoreh perlu meletakkan ubat getah(cuka getah) supaya getah cepat beku(sejam lagi diperlukan). Pada keesokkan harinya, bolehlah mengupik(mengutip) getah yang sudah beku yang dipanggil segerap/lantun. Dan dikumpul

Monday 17 June 2013

Ramadhan Bakal Menjelma

Diam tak diam Ramadhan Makin hampir. Terlalu cepat masa berlalu.

Oh Ya, dah habis ganti puasa lom? Soalan yang biasa kita dengar. Aku sudah! Tahun lepas terpaksa meninggalkan puasa 2 hari atas sebab-sebab kesihatan. Alhamdulillah, aku tidak menunggu lama untuk menggantinya. Kepada yang belum ganti puasa, cepat ganti sebelum terlambat. Kalau tak kena fidyah nanti....http://www.when-is.com/ramadan-2013.asp



Sunday 9 June 2013

Berani Berniaga...

Sejak menghadiri program Berani Berniaga 2013 anjuran Dr.Azizan Osman bulan April lepas. Aku semakin berani dan teruja untuk berniaga. 

Banyak tips yang berguna telah dipelajari walaupun program yang aku hadiri tu adalah 100% PERCUMA. Aku sedaya upaya cuba mempraktikkannya.
Kalau attend program berbayarnya, aku pasti lebih berbaloi-baloi...

Lawatilah page berani berniaga ku....

https://www.facebook.com/FaizaweenRichNiaga

Al Fatihah untuk Arwah Abang dan Kakak

Dah lama tak menulis di blog ni.
Hari ni terpanggil untuk mengemaskini blog ni setelah hampir sebulan tanpa sebarang update.
Mungkin ramai tertanya tentang tajuk entri kali ni.
Ya, hari ini genaplah seminggu arwah abangku(Allahyarham Rahmat bin Johan) meninggal dunia di usia 51tahun. Sebab kematian : serangan jantung. Sebelum menghembuskan nafas terakhir beliau telah koma di wad ICU hospital Kuala Pilah selama seminggu. Aku dan ahli keluarga yang lain berdoa dan berharap agar beliau sembuh seperti sedia kala tetapi Allah lebih menyayanginya. Yang lebih menyedihkan arwah tidak mempunyai isteri ataupun anak kerana beliau tidak berkahwin ketika hayatnya. Jadi tiadalah waris yang menemannya ketika di wad ICU ketika beliau koma. Kami adik-beradik hanya mampu melawat ketika waktu lawatan hospital. Sedih rasanya nak meneruskan penulisan ni....

Dua tahun yang lepas, di bulan yang sama, tarikh saja yang lain(5/6/2011), arwah kakakku(Allayarhamah Ramnah bte Johan) juga meninggal dunia di wad ICU di Hospital Seremban.Ketika itu umurnya pun lebih kurang 51tahun. Sebab kematian : Kegagalan buah pinggang. Tetati arwah beruntung kerana mempunyai suami dan anak yang senantiasa mendampingi beliau ketika sakit.

Beberapa tahun sebelum itu arwah abangku yang sulung(badul bin Abd Rahman) juga meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung di usia lebih kurang 51tahun juga. Adakah semuanya hanya kebetulan...hanya Allah yang mengetahuinya.


Ajal maut di tangan tuhan. Kita mampu merancang tapi tuhan menentukan. Penyakit tak berjangkit berkait rapat dengan genetik. 

Al fatihah untuk arwah ibu, abang2 dan  kakak, semoga rohnya dicucuri rahmat...aamiin...