Assalammualaikum,
semua... lama betul tak menulis di blog ni.
Catatan Haji bahagian 4 masih belum ditulis , insyaAllah akan diusahakan secepat mungkin. InsyaAllah akan buat catatan seringkas mungkin nanti.
Tajuk entri kali ni Waris Johan yang 5. Maksudnya, adik-beradikku yang 5 orang masih hidup, Ramai ahli dah pergi meninggalkan kami. Sedeqah Al-Fatihah untuk arwah Along Badul, Amok Ramnah dan Rahmat serta tidak lupa kepada arwah emak dan abah, semoga roh mereka dicucuri rahmat...Aamiin,
Berikut adalah gambar kami waris Johan yang lima.
Sunday, 27 May 2018
Saturday, 21 October 2017
Catatan Ringkas Perjalanan Hajiku JH 1438H (Bahagian 3)
------------------------------------------------------------
1. MADINAH BUMI BERKAH
Bertemu kembali di Bahagian ke 3 catatan ringkas perjlanan haji ku ini.Di entri ini saya ingin berkongsi SEDIKIT pengalaman di bumi Madinah. Selain dari Mekah, Madinah merupakan tanah haram juga. Di Madinah dan Mekah orang bukan Islam tidak dibenarkan masuk. Kami berada di bumi Madinah selama 8 hari.
![]() |
| Jemaah dari pelbagai negara berpusu-pusu di Masjidil Nabawi |
Friday, 20 October 2017
Catatan Ringkas Perjalanan Hajiku JH 1438H (Bahagian 2)
Dalam Musim Haji: APA YANG KITA PERLU TAHU?
------------------------------------------------------------
Seperti dijanjikan, saya kan menyambung catatan ringkas perjalanan haji bermula dari lapor diri sehinggalah pulang ke tanah air.
1. LAPOR DIRI.
------------------------------------------------------------
Seperti dijanjikan, saya kan menyambung catatan ringkas perjalanan haji bermula dari lapor diri sehinggalah pulang ke tanah air.
![]() |
Di Masjidilharam Ketika waktu puncak sebelum wukuf. Lautan manusia
membanjiri dataran kaabah untuk melakukan ibadah tawaf.
|
1. LAPOR DIRI.
-Saya dan isteri sampai di Kompleks Tabung Haji kira-kira pukul 6.30 petang, 6/8/2017.
-Mengikut surat lapor diri, kami dikehendaki melapor diri pada pukul 7.30pm
-Mula saja saya turun kereta, kami unload bagasi dan letak beg di satu sudut sementara Abamg Razak(Abang ipar) mencari parking.
-Kelihatan ramai jemaah beserta sanak-saudara mereka memenuhi setiap sudut khemah khas yang disediakan oleh Tabung Haji.
Catatan Ringkas Perjalanan Hajiku JH 1438H (Bahagian 1)
Dalam Musim Haji: APA YANG KITA PERLU TAHU?
-------------------------------------------
Saya akan tulis mengikut timeline, mengikut perjalanan.
1. TAWARAN

-------------------------------------------
Setelah lebih sebulan pulang ke tanahair selepas mengerjakan ibadah haji di tanah suci Makkah; Saya terpanggil untuk bercerita apa pengalaman saya sepanjang perjalanan ibadah haji yang saya lalui pada musim haji 1438H lepas.
1. TAWARAN

- Saya dan isteri mendapat tawaran untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 2017 ataupun 1438H pada pertengahan bulan November 2016.
- Kami diberi masa lebih kurang 2 minggu menjawab samada menerima atau menolak tawaran tersebut.
-Sudah tentunya kami menerima tawaran tersebut setelah menunggu giliran lebih kurang 10 tahun (kami mendaftar untuk mengerjakan haji pada bulan Desember 2007)
Saturday, 10 June 2017
Aku Orang Yang Kompeten SHO (OYKSHO)
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Untuk entri kali ini aku nak bercerita sedikit tentang "career progression" aku yang terkini. Aku adalah OYKSHO sekarang. Apa maksudnya OYKSHO tu ? OYKSHO adalah singkatan untuk Orang yang Kompeten(OYK) dan SHO pula adalah Safety and Health Officer atau dalam bahasa Melayunya Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.
Sunday, 4 June 2017
Ramadhan 1438H - Jangan jauhkan diri dari Quran
Assalammualaikum , salam sejahtera,
Dah hampir setahun tidak menulis diblog ni. Hari ni aku gagahkan jugak untuk menulis walau beberapa patah ayat. Aku dah beberapakali nak menulis di blog ni semenjak sehari sebelum ramadhan lagi. Tapi hari ni baru berkesempatan. Alhamdulillah. Diharap Ramadhan tahun ini lebih bermakna. Umur pon dah makin meningkat , sepatutnya amalan juga meningkat. Tahun ini aku berusaha menambah amalan yang sudah lama atau tidak pernah diamal dibulan Ramadhan. Terutamanya membaca Al Quran. Aku akui memang dah lama-lama sangat aku tak membaca Al-Quran secara khusus kecuali bacaan ayat lazim dalam solat. Memang betullah apa yang aku dengar / baca sebelum ini " Semakin kita menjauhakan dari Al-Quran, Al-Quran juga makin melupakan kita".... kenapa aku berkata begini?... Jika dulu(+- 20tahun) aku boleh membaca Al-Quran dengan agak lancar , tetapi kini bila aku membacanya tiada lagi kelancaran, merangkak-rangkak seperti mengeja... Astaghfirullah... Ya Allah ampunilah dosaku... Jom baca Al-Quran walau beberapa potong ayat... supaya Al-Quran tidak melupakan kita...

Saturday, 9 July 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)