-------------------------------------------
Setelah lebih sebulan pulang ke tanahair selepas mengerjakan ibadah haji di tanah suci Makkah; Saya terpanggil untuk bercerita apa pengalaman saya sepanjang perjalanan ibadah haji yang saya lalui pada musim haji 1438H lepas.
1. TAWARAN

- Saya dan isteri mendapat tawaran  untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 2017 ataupun 1438H pada pertengahan bulan November 2016.
- Kami diberi masa lebih kurang 2 minggu  menjawab samada menerima atau menolak tawaran  tersebut.
 -Sudah tentunya kami menerima tawaran tersebut setelah menunggu giliran lebih kurang 10 tahun (kami mendaftar untuk mengerjakan haji pada bulan Desember 2007)
- Kos Menunaikan haji dengan pakej Muassasah Tabung Haji ialah RM19,550. 
  - Syarat menerima tawaran ialah duit simpanan Tabung Haji sekurang-kurangnya RM9,980 untuk bayaran haji kerana kami menunaikan haji untuk kali pertama.
  - Alhamdulillah simpanan kami cukup dan layak untuk menerima tawaran haji.
- Untuk memantapkan ilmu tentang ibadah haji, pihak tabung haji menyediakan 3 jenis kursus kepada bakal jemaah haji.
- Terdapat 3 jenis kursus haji :
1. Kursus Asas Haji (KAH) - Terbuka kepada semua samada sudah mendapat tawaran atau belum.  KAH ini ada 17 siri dan diadakan di masjid-masjid terpilih pada hari Sabtu atau Ahad setiap  minggu bermula pada awal Disember 2016 dan selesai pada bulan April 2017.
|  | 
| Kursus Intensif | 
 2. Kursus Intensif Haji (KIH) - Hanya Bakal Haji yang sudah mendapat tawaran sahaja boleh  menghadiri kursus ini. Kursus diadakan selama 2 hari di pusat-pusat atau masjid  terpilih.   Bagi bakal jemaah haji bagi seliaan Tabung Haji Bangi, kursus diadakan di Pejabat Agama   Islam Daerah Hulu Langat bertempat di Bandar Baru Bangi.
|  | 
| Kursus Perdana Di Masjid Negeri Shah Alam | 
3. Kursus Perdana Haji (KPH) - Kursus ini juga untuk Bakal Haji terpilih dan bagi jemaah Selangor, kursus diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam. Kursus ini diadakan selama 2 hari dan menumpukan kepada latihan praktikal. Para bakal haji dikehendaki tidur atau beriktikaf di Masjid sepanjang kursus.
3. PEMERIKSAAN KESIHATAN
|  | 
| Buku Pemeriksaan Kesihatan Tabung Haji | 
-Ini bagi menentukan Jemaah Haji ada sihat untuk mengerjakan haji
-Pemeriksaan kesihatan dilakukan oleh doktor-doktor yang mempunyai kelayakan khas untuk memeriksa bakal jemaah haji.
-Terdapat 4 kategori keputusan pemeriksaan kesihatan:
- Sihat dan layak mengerjakan haji
- Berpenyakit dan layak mengerjakan haji
- Berpenyakit dan layak mengerjakan haji dengan pengiring
- Berpenyakit dan tidak layak mengerjakan haji
-Kepada bakal haji yang mempunyai penyakit dan dengan bantuan perubatan, disarankan membawa keputusan pemeriksaan perubatan terkini serta ubat yang sedang diambil semasa menjalani pemeriksaan kesihatan Tabung Haji
- Ini bagi mengelakkan pemeriksaan ulangan kerana tidak mempunyai maklumat lengkap.
4. PANGGILAN MELAPOR DIRI
- Panggilan melapor diri untuk mengerjakan haji bermula pertengahan bulan Syawal dan penerbangan pertama adalah pada 1 Zulkaedah.
|  | 
| Abang Razak Memimpin Doa Sebelum Bertolak ke Kelana Jaya. | 
- Saya membuat panggilan setiap hari ke THCC untuk mendapatkan tarikh melapor diri.
-Akhirnya, pada 3/8/2017 saya mendapat pengesahan tarikh melapor diri dan jadual perjalanan haji kami. Tarikhnya ialah 6/8/2017. Cuma 3 hari untuk membuat persediaan akhir. Alhamdulillah, kami telah membuat persediaan awal. Cuma urusan untuk anak-anak di asrama agak ketat sedikit. Tetapi Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.
- Jumlah hari perjalanan haji sebelum dan selepas wukuf semuanya 38 hari termasuk hari penerbangan pergi dan balik.
- Alhamdulillah jumlah hari agak pendek dan urusan cuti agak mudah dan kurang sedikit untuk mengambil cuti tanpa gaji.
-Kerja swasta, pihak syarikat tidak menyediakan sebarang cuti untuk mengerjakan haji, cuma menggunakan baki cuti tahunan dan jika tidak cukup, maka terpaksa mengambil cuti tanpa gaji.
- Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
InsyaAllah saya akan berkongsi lagi pengalaman di Bahagian 2; bermula dari melapor diri sehingga pulang.
a


 
No comments:
Post a Comment