Thursday 4 July 2019

2017 vs 2019

BERAT turun, KESIHATAN meningkat!
-------------------------------------------------

Alhamdulillah, dikurniakan kesihatan yang baik. 
Cuma nak berkongsi kesyukuran , Allah kurniakan kesihatan setelah berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan pemakanan SIHAT.

 FAKTA: Berat badan turun Insyaa Allah kesihatan akan meningkat.

Pada 2017 dan suku awal 2018 berat badan hampir-hampir mencecah 3 angka. Alhamdulillah, bermula dari tarikh pilihanraya umum 14 iaitu 9/5/2018 aku telah memulakan amalan pemakanan sihat sambil dipantau oleh coach yang bertauliah bersama-sama dengan rakan-rakan bergerak bersama untuk meningkatkan kesihatan . Alhamdulillah kini berat badan telah turun lebih kurang 20kg. Walaupun masih belum mencapai berat ideal. Tetapi tahap kesihatan semakin meningkat. Doktor pon memuji di atas usaha yang dijalankan.

Jom amalkan pemakanan sihat. 

Thursday 9 August 2018

Catatan Ringkas Hajiku- Bahagian 6

 Alhamdulillah, berjumpa lagi di entri kali ini. saya akan menceritakan berdasarkan checklist perjalanan haji Tamatuk yang saya lalui pada musim haji 1438H yang lalu.

Perjalanan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ya Allah , kau kurniakanlah aku haji yang mabrur. Aamiin.

Tuesday 3 July 2018

Catatan Ringkas Hajiku - Bahagian 5

Bertemu kembali di Bahagian 5 catatan ringkas hajiku. Ini kesinambungan dari bahagian 4.
Alhamdulillah walaupun sudah hampir setahun berlalu , tetapi masih lagi terngiang-ngiang akan suasana di Tanah Suci. 

Sementara menunggu hari Tarwiyah 8 Zulhijjah 1438H kami mengambil peluang memperbanyakkan amalan terutama solat berjemaah di Masjidilharam, Tawaf Sunat, umrah sunat, membaca quran berzikir dan sebagainya. Terdapat banyak kelebihan/rahmat dari Allah jika mengerjakan ibadah di Masjidilharam/kaabah, seperti diterangkan dalam hadis di bawah:

Tips Mengerjakan Haji

Nak Kongsi Tips haji:

 1. Bawak berus & sabun cap buruh untuk basuh bju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

2. Bawak extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon. Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter.

3. Bawak tali ampai. Buat gantung baju dlm bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

Monday 2 July 2018

Hari Raya 1439H

Alhamdulillah, hari ni dah 17 Syawal 1439H. Maksudnya sudah 17 hari Ramadhan meninggalkan kita. Ya Allah, kau berilahku peluang untuk bertemu Ramadhan 1440H. Aamiin. Di bulan Ramadhan beberapa KPI untuk diri sendiri disetkan. Contohnya, Istiqamah solat terawih, istiqamah solat malam, Perbanyakkan membaca quran, kurangkan makan waktu berbuka dan sebagainya. Alhamdulillah, kalau dikira perscentage boleh dikatakan 90% achievement.

 Alhamdulillah. Syawal menjelang, semua insan meraikan kejayaan pengorbanan di bulan Ramadhan. Dikala kegembiraan jangan lupa akan kewajipan kita terhadap Allah swt. Banyak amalan sunat yang boleh direbut di bulan Syawal ini. Sebagai contoh, puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Jom kita rebut peluang ini. Di bulan Syawal inilah masanya dapat kita berkumpul adik-beradik setelah sekian lama masing-mading sibuk dengan urusan harian. 

 Berikut gambar-gambar bersama keluarga di Syawal ini.








Sunday 27 May 2018

Catatan Ringkas Hajiku - Bahagian 4

Bertemu kembali di Bahagian 5 catatan ringkas hajiku. Ini kesinambungan dari bahagian 4.
Alhamdulillah walaupun sudah hampir setahun berlalu , tetapi masih lagi terngiang-ngiang akan suasana di Tanah Suci. 

Sementara menunggu hari Tarwiyah 8 Zulhijjah 1438H kami mengambil peluang memperbanyakkan amalan terutama solat berjemaah di Masjidilharam, Tawaf Sunat, umrah sunat, membaca quran berzikir dan sebagainya. Terdapat banyak kelebihan/rahmat dari Allah jika mengerjakan ibadah di Masjidilharam/kaabah, seperti diterangkan dalam hadis di bawah:

Waris Johan Yang 5

Assalammualaikum,
semua... lama betul tak menulis di blog ni.
Catatan Haji bahagian 4 masih belum ditulis , insyaAllah akan  diusahakan secepat mungkin. InsyaAllah akan buat catatan seringkas mungkin nanti.

Tajuk entri kali ni Waris Johan yang 5. Maksudnya, adik-beradikku yang 5 orang masih hidup, Ramai ahli dah pergi meninggalkan kami. Sedeqah Al-Fatihah untuk arwah Along Badul, Amok Ramnah dan  Rahmat serta tidak lupa kepada arwah emak dan abah, semoga roh mereka dicucuri rahmat...Aamiin,

Berikut adalah gambar kami waris Johan yang lima.