Monday 29 July 2013

Kambing Biri-Biriku kembar 3

Kembar 2. Yang belang tu saiz kecik sikit
Minggu lepas sejarah bagi kandang kambing kami di KTR. Seekor biri-biri melahirkan kembar 3. Jarang kita dengar biri-biri lahir kembar 3. Ada formula tertentu agaknya.... Tapi seekor mati tinggal lagi 2 sahaja. Seekor saiz biasa tetapi lagi seekor agak kecik dan pendek. Tak sampai dia nak menetek kat ibunya. Jadi sementara menunggu ibunya meragut bersama seekor lagi anaknya, yang siz kecik ni kena bagi susu botol. Kalau dibiarkan ikut ibunya meragut, alamatnya kena tinggallah dalam semak. Alhamdulillah ahli kandang makin bertambah. Yang baru lahir pun nampak sihat dan bertenaga. Semoga semakin maju dan berkembang...Aamiin...Sekarang masih fasa pengembangan...insyaAllah tahun depan bermulalah fasa pemasaran...
Minum susu botol.
Anak yang mati

Ahli Kandang

Milah halau kambing untuk meragut...

Tak sabar nak meragut

Bos besar dengan Bapak Kambing Biri-biri

Bapak yang sentiasa sihat dan cergas

1 comment:

  1. sedihnya Bobi(anak kambing yang isap botol tu) dah mati mungkin terjatuh dari kandang kot sebab sering ditinggalkan...tak ada rezeki nampaknya...insyaAllah rezeki lebih melimpah ruah di masa hadapan...

    ReplyDelete