Assalammualaikum , salam sejahtera,
Dah hampir setahun tidak menulis diblog ni. Hari ni aku gagahkan jugak untuk menulis walau beberapa patah ayat. Aku dah beberapakali nak menulis di blog ni semenjak sehari sebelum ramadhan lagi. Tapi hari ni baru berkesempatan. Alhamdulillah. Diharap Ramadhan tahun ini lebih bermakna. Umur pon dah makin meningkat , sepatutnya amalan juga meningkat. Tahun ini aku berusaha menambah amalan yang sudah lama atau tidak pernah diamal dibulan Ramadhan. Terutamanya membaca Al Quran. Aku akui memang dah lama-lama sangat aku tak membaca Al-Quran secara khusus kecuali bacaan ayat lazim dalam solat. Memang betullah apa yang aku dengar / baca sebelum ini " Semakin kita menjauhakan dari Al-Quran, Al-Quran juga makin melupakan kita".... kenapa aku berkata begini?... Jika dulu(+- 20tahun) aku boleh membaca Al-Quran dengan agak lancar , tetapi kini bila aku membacanya tiada lagi kelancaran, merangkak-rangkak seperti mengeja... Astaghfirullah... Ya Allah ampunilah dosaku... Jom baca Al-Quran walau beberapa potong ayat... supaya Al-Quran tidak melupakan kita...
Sunday, 4 June 2017
Saturday, 9 July 2016
Sunday, 14 February 2016
MOTIVASI UNTUK IBUBAPA
YG ANAK NAK AMBIL EXAM UTAMA 2016
Jika anak anda ...
Tahun 6 : UPSR lagi 8 bulan
Tgktn 3 : PT3 lagi 9 bulan
Tgktn 5 : SPM lagi 10 bulan.
Percayalah, kalau mulai hari ini terus ke akhir tahun:
Sama ada ...
Hari sekolah
Hujung minggu
Cuti sekolah ....
anda pastikan dia studi pada ...
Minimum 2 jam sehari
Cantiknya 3 jam sehari
Terlajak hebatnya 4 jam sehari secara
KONSISTEN .... maka percayalah peluang anak anda skor dalam peperiksaan amat besar ...
STUDI termasuk:
a. Buat kerja sekolah
b. Ulangkaji tajuk2 yg telah dipelajari
c. Persediaan tajuk2 yg akan dipelajari, dan
d. Latihan/latihtubi utk kuasai sesuatu tajuk
WALAUPUN ...
Prestasinya sebelum ini hambar
Resultnya dalam ujian2 yang lalu hampeh
Keputusannya sebelum ini mendukacitakan.
YG ANAK NAK AMBIL EXAM UTAMA 2016
Jika anak anda ...
Tahun 6 : UPSR lagi 8 bulan
Tgktn 3 : PT3 lagi 9 bulan
Tgktn 5 : SPM lagi 10 bulan.
Percayalah, kalau mulai hari ini terus ke akhir tahun:Sama ada ...
Hari sekolah
Hujung minggu
Cuti sekolah ....
anda pastikan dia studi pada ...
Minimum 2 jam sehari
Cantiknya 3 jam sehari
Terlajak hebatnya 4 jam sehari secara
KONSISTEN .... maka percayalah peluang anak anda skor dalam peperiksaan amat besar ...
STUDI termasuk:
a. Buat kerja sekolah
b. Ulangkaji tajuk2 yg telah dipelajari
c. Persediaan tajuk2 yg akan dipelajari, dan
d. Latihan/latihtubi utk kuasai sesuatu tajuk
WALAUPUN ...
Prestasinya sebelum ini hambar
Resultnya dalam ujian2 yang lalu hampeh
Keputusannya sebelum ini mendukacitakan.
INGAT
Prestasi / keputusan dulu lemah kerana tak/kurang studi.
Kalau dia mula studi sekarang .... InSyaAllah saya yakin akan berubah.
BILA STUDI:
1. No phone di sebelah. NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO .... sebab itu "depa kata Dr.Shukri anti smartphone utk pelajar ... kih kih kih"
2. Letak phone dalam satu tempat khas.
3. Macam mana nak studi kalau sikit2 check message, sikit2 reply message, sikit2 belek gajet tu.
4. Nak bagi lagi baik, buat dasar NO TV MALAM SEKOLAH.
Mak ayah jangan tonton, abang kakak lain jangan tonton.
Kini anda akan dapati banyak pula masa.
CUKUP SEKADAR ITU PETANG INI.
SHARE untuk kebaikan ramai
Dr.Shukri Abdullah / Jan 2016
*p/s: Anak den tigo-tigo orang pekso bosa taun ni. Semoga semuo capai kejayaan ... Aamiin
Kalau dia mula studi sekarang .... InSyaAllah saya yakin akan berubah.
BILA STUDI:
1. No phone di sebelah. NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO, NO .... sebab itu "depa kata Dr.Shukri anti smartphone utk pelajar ... kih kih kih"
2. Letak phone dalam satu tempat khas.
3. Macam mana nak studi kalau sikit2 check message, sikit2 reply message, sikit2 belek gajet tu.
4. Nak bagi lagi baik, buat dasar NO TV MALAM SEKOLAH.
Mak ayah jangan tonton, abang kakak lain jangan tonton.
Kini anda akan dapati banyak pula masa.
CUKUP SEKADAR ITU PETANG INI.
SHARE untuk kebaikan ramai
Dr.Shukri Abdullah / Jan 2016
*p/s: Anak den tigo-tigo orang pekso bosa taun ni. Semoga semuo capai kejayaan ... Aamiin
Sunday, 6 September 2015
Lama tak menulis.
Assallammualaikum dan salam sejahtera,
dah lama tak update blog ni. Hari ni teringat nak update.
Tapi tak tau nak update apa.
Jadi gagahkan juga jari ni menaip.
Tapi tak pasti apa lagi apa yang nak disampaikan.
Tengah menaip orang rumah panggil makan pulak.
Terus snap gambar lauk.
Lauk ikan jenahak masak kari gaul bendir. Alhamdulillah sodapp.
Ada kicap kat tepi tu.
Ya, makan mesti dengan kicap baru sodapp.
Harga kicap pon dah semakin mahal sekarang.
RM10 sebotol. Tapi tetap beli juga.
Alamak, semakin merapu pula. Cukup setakat ini dulu.
Sehingga jumpa lagi.
Friday, 17 January 2014
Aku dan Sarawak....
Dah lama tak update blog ni.... ini post pertama tahun 2014... Tajuk: Aku dan Sarawak... kenapa? Ya! Aku dan Sarawak tak boleh dipisahkan.... Aku bersekolah menengah di Sarawak.... SMK Muara Tuang(Tingkatan 1¬3) dan Kolej DPAH Abdillah(Tingkatan 4 ¬5).... Aku berperpeluang belajar di Sarawak di bawah kelolaan pertukaran pelajaran Yayasan Sarawak... Aku sambut tawaran tersebut demi memenuhi harapan dan hasrat arwah abah...Alhamdulillah, segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi telah menjadikan aku orang yang berguna hari ini... hujung tahun lepas aku bawak anak2 melawat sekolah aku dulu sambil mengimbau memori... ada sedikit gambar yang sempat dirakam...
| SMK MUARA TUANG(1985¬1987) |
| Bangunan Kelas SMKMT |
Tuesday, 12 November 2013
Al Fatihah untuk arwah abahku...
Tanggal 6 Nov 2013, pukul 5.05pagi...arwah abahku menghembuskan nafas yang terkhir....umurnya 85 tahun....meninggal di rumah kakakku di Felda Serting 3 dan dikebumikan di Kampung Tulang Rimau...kebetulan kuburnya bersebelahan kubur arwah abangku yang menninggal pada Jun lepas...
Masih sedih dan sebak rasanya...tetapi Allah lebih menyayanginya...
Al-Fatihah untuk arwah...semoga senantiasa dirahmatiNYA...
Tuesday, 17 September 2013
Terkenang Arwah Abangku : Allahyarham Rahmat bin Johan.
![]() |
| Pusara Arwah Abangku Rahmat Bin Johan...Alfatihah .... |
![]() |
| Dalm proses menanam batu nisan.... |
Pada 10/9/13 yang lepas genaplah 100 hari arwah meningkalkan kami....pada 13/9/13, hari Jumaat yang lepas batu nisan nya ditanam...dan pada Ahad lepas, 15/9/13, kami sekeluarga mengadakan kenduri bacaan yassin,tahlil arwah dan doa selamat...semoga rohnya dicucuri rahmat...Aamiin ya rabbbal 'alamin...
Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar kenduri arwah pada 15/9/13 di No 20, KTR....
Subscribe to:
Posts (Atom)

