Sunday, 6 September 2015

Lama tak menulis.

Assallammualaikum dan salam sejahtera,

dah lama tak update blog ni. Hari ni teringat nak update. 
Tapi tak tau nak update apa.
Jadi gagahkan juga jari ni menaip. 
Tapi tak pasti apa lagi apa yang nak disampaikan.


Tengah menaip orang rumah panggil makan pulak. 
Terus snap gambar lauk.
 Lauk ikan jenahak masak kari gaul bendir. Alhamdulillah sodapp. 
Ada kicap kat tepi tu. 
Ya, makan mesti dengan kicap baru sodapp. 
Harga kicap pon dah semakin mahal sekarang.
RM10 sebotol. Tapi tetap beli juga.

Alamak, semakin merapu pula. Cukup setakat ini dulu.

Sehingga jumpa lagi.

Friday, 17 January 2014

Aku dan Sarawak....

Dah lama tak update blog ni.... ini post pertama tahun 2014... Tajuk: Aku dan Sarawak... kenapa? Ya! Aku dan Sarawak tak boleh dipisahkan.... Aku bersekolah menengah di Sarawak.... SMK Muara Tuang(Tingkatan 1¬3) dan Kolej DPAH Abdillah(Tingkatan 4 ¬5).... Aku berperpeluang belajar di Sarawak di bawah kelolaan pertukaran pelajaran Yayasan Sarawak... Aku sambut tawaran tersebut demi memenuhi harapan dan hasrat arwah abah...Alhamdulillah, segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi telah menjadikan aku orang yang berguna hari ini... hujung tahun lepas aku bawak anak2 melawat sekolah aku dulu sambil mengimbau memori... ada sedikit gambar yang sempat dirakam...
SMK MUARA TUANG(1985¬1987)
Bangunan Kelas SMKMT







 
 


Tuesday, 12 November 2013

Al Fatihah untuk arwah abahku...

Tanggal 6 Nov 2013, pukul 5.05pagi...arwah abahku menghembuskan nafas yang terkhir....umurnya 85 tahun....meninggal di rumah kakakku di Felda Serting 3 dan dikebumikan di Kampung Tulang Rimau...kebetulan kuburnya bersebelahan kubur arwah abangku yang menninggal pada Jun lepas... Masih sedih dan sebak rasanya...tetapi Allah lebih menyayanginya... Al-Fatihah untuk arwah...semoga senantiasa dirahmatiNYA...

Tuesday, 17 September 2013

Terkenang Arwah Abangku : Allahyarham Rahmat bin Johan.

Pusara Arwah Abangku Rahmat Bin Johan...Alfatihah ....
Dah lama rasanya tak buat post di blog ni...Alhamdulillah malam ni berkesempatan untuk menulis sedikit...seperti tajuk di atas, aku terkenangkan arwah abangku  yang telah  meninggalkan kami....rasa seperti baharu sahaja kami bersembang di kampung...betul aku rasa seolah-olah dia masih lagi di dunia ini...tapi Allah lagi sayangkan dia....Alfatihah untuknya...

Dalm proses menanam batu nisan....

Pada 10/9/13 yang lepas genaplah 100 hari arwah meningkalkan kami....pada 13/9/13, hari Jumaat yang lepas batu nisan nya ditanam...dan pada Ahad lepas, 15/9/13, kami sekeluarga mengadakan  kenduri  bacaan yassin,tahlil arwah dan doa selamat...semoga rohnya dicucuri rahmat...Aamiin ya rabbbal 'alamin...


Berikut gambar-gambar yang sempat dirakam sekitar kenduri arwah pada 15/9/13 di No 20, KTR.... 

Monday, 29 July 2013

Kambing Biri-Biriku kembar 3

Kembar 2. Yang belang tu saiz kecik sikit
Minggu lepas sejarah bagi kandang kambing kami di KTR. Seekor biri-biri melahirkan kembar 3. Jarang kita dengar biri-biri lahir kembar 3. Ada formula tertentu agaknya.... Tapi seekor mati tinggal lagi 2 sahaja. Seekor saiz biasa tetapi lagi seekor agak kecik dan pendek. Tak sampai dia nak menetek kat ibunya. Jadi sementara menunggu ibunya meragut bersama seekor lagi anaknya, yang siz kecik ni kena bagi susu botol. Kalau dibiarkan ikut ibunya meragut, alamatnya kena tinggallah dalam semak. Alhamdulillah ahli kandang makin bertambah. Yang baru lahir pun nampak sihat dan bertenaga. Semoga semakin maju dan berkembang...Aamiin...Sekarang masih fasa pengembangan...insyaAllah tahun depan bermulalah fasa pemasaran...
Minum susu botol.
Anak yang mati

Ahli Kandang

Milah halau kambing untuk meragut...

Tak sabar nak meragut

Bos besar dengan Bapak Kambing Biri-biri

Bapak yang sentiasa sihat dan cergas

Sunday, 28 July 2013

Majlis Buka Puasa di KTR 27/7/13

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya, semalam 27/7/13,

Teratak Ayahanda di KTR
Menikmati Juadah Berbuka Puasa

kami adik-beradik sempat berkumpul di teratak ayahanda di KTR. Seperti biasa, setiap tahun kami adik-beradik akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Tetapi tahun ni, ahli keluarga kekurangan seorang. Alfatihah untuk arwah Rahmat. Tidak lupa arwah omak, amok dan along, Al fatihah untuk mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang soleh dan solehah. 
Aamiin yaabbal 'Alamin. abbal 'Alamin.

Abah Start dulu
Sedap sungguh sup tulang cik Kiah..
.Sehingga menghirup pinggan Marisa.


Di antara menu buka puasa semalam : Sup Tulang, Puyuh rendang cili api, Ikan sembilang sambal, telur puyuh sambal, roti jala dan beberapa menu yang lain. Nampak banyakkan? Tapi semuanya habis tanpa sebarang pembaziran. Alhamdulillah.

Selepas berbuka, inilah masa yang ditunggu anak-anak....apa lagi main mercunla...Ocu Ali dia orang pembekal mercun di KTR. Ada yang dapat free dan ado yang kono bayar...biasolah modal kono pusing kan....
Mercun Bola...BOMMM!




Van Transport Untuk Solat Terawih.
Lepas lotih main mercun, giliran untuk menunaikan solat terawaih pulak di Masjid KTR. Yang bestnya ada van transport yang akan beroperasi untuk menjemput orang-orang kampung menunaikan solat terawih serta menghantar pulang selepas selesai moreh. Van ini diwakafkan oleh Asri seorang usahawan dari KTR. Drebarnya, Ali dan Mail....banyak pahalo diorang ni...

Treller Rosak block jalan...Ane drenar lori jadi traffik..
.kalau tak kono pusing balik..

On the way balik tadi lalu kampung batu...ada pulak trellar rosak dan melintang tengah jalan .....takkan nak pusing...nak tak nak lalu je kat tepi-tepi tebing tu...nasib baik lepas...kalau tak cukup pengalaman jangan cuba...masuk gaung kang...

Sealamat berpuasa...Ramadhan Kareem... 

Monday, 8 July 2013

Kenduri Doa Selamat dan Tahlil Arwah sempena menyambut Ramadhan 2013

Masak Gulai Ayam Lomak Lado Api
Alhamdulillah Sabtu malam Ahad yang lepas kami adik beradik telah mengadakan kenduri arwah di rumah Mak tam Kiah di Felda Raja Alias 3 atau lebih dikenali sebagai Felda Serting 3.
Macam biasa, masak lauk pauk secara gotong royong bersama jiran-jiran sefelda dan adik beradik. Memasak  bermula tengahari sehinggalah petang. Lepas Maghrib bermulalah majlis tahlil dan doa selamat.
Setelah siap berdoa, tibalah masanya menjamu selera. Makan buffet style ataupun makan "berdiri" bak kata Amat anak buah den.

Siti Menyusun Lauk Buffet
Ikan Lampam Salai Hasil Pancing Tok Wang
Cik Kiah tengah busy


Godi...Peace Yo


Bob and Rais...
Busy yo nampak eh...

Ali dan Amat...

Bilo lah buleh makan ni...porut dah berbunyi ni...

En.Rasul, En.Johan ngan En.Rosli

Tetamu menjamu selera.."Tolo masin eh tak masin" hehehe
Tok Wang melayan tetamu...jemput-jemput makan


Anak buah den ...Amat...

Karipap pon jadilah...
Tok Wang, Pak Mok dan En. Johan...

Air Sirap sinonim ngan Kenduri...
Apo buek Ramai-ramai tu?...
Rupo eh tengok Ami jadi nelayan dalam perigi...


Lawa bunga raya Cik Kiah

Yang merah dah kombang, yang putih kuncup lagi...


Lopeh kenduri pogi melawat cucu kek palong 1...

Cucu berganding ngan pak cik eh...

Nora melayan Mak Tam eh makan

Kita minum dulu...

Macam2 menu kek rumah along...

Sebolom balik , kono songek kek tabuan, bincut dahi...